Yeay!!! Dapat Sampel Perfume "Especially" by Escada Diterbangkan Daripada Belgium

- 00.58
advertise here
As Salam semua

Lepas dapat kejutan-kejutan budaya dari Abang Posmen di ENTRY INI, semalam aku terima satu lagi kejutan yang sangat best! Dapat hadiah daripada Belgium. Fuhyo jauh tu. Aku pun terkejut. Tapi happy sangat sebab hadiah tu memang menarik hati dan membuatkan aku gila terbayang-bayang. Mana taknya, aku dapat sampel perfume original  percuma iaitu Especially dari Escada! Teruja sangat. Walaupun hanya sample, tapi sungguh aku bangga. Escada memang aku minat! 





Bau dia memang best. Sweet dan tak terlalu keras. Aku tak suka bau perfume keras sangat. Sebab boleh mabuk. Based perfume ni adalah musk dan bau rose dia memang ohshem! Aku memang dah lama minat perfume Escada ni kerana bau dia yang menggoda dan meyakinkan. Rasa elegan sangat bila pakai. 




 Sebelum ni pun aku dah cuba perfume Incredible Me by Escada tu dan ternyata memang tak mengecewakan. Perfect for me! Kalau korang belum pernah cuba perfume dari Escada, apa kata sekali sekala korang try. Mesti korang terpukau dan boleh memukau! 



p/s: Geram je bila tengok perfume...
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search