Segmen : Satu Malaysia by Azhafizah.Com

- 03.43
advertise here
As Salam semua

Lama jugak aku tak join segmen blogger ni. Pada aku segmen ni pun salah satu cara yang bagus untuk tambah kenalan blogger. Tak perlu cakap banyak, jom join Segmen 1Malaysia anjuran blogger yang terer lukis vector ni... Cik Azhafizah Pink. Aku memang impress dengan penggunaan tangan dia melukis muka orang guna komputer. Kalau aku, nak lukis muka orang jadi muka apa entah!

Well, now aku kena bercerita sedikit mengenai :

Tempat tinggal sekarang
Makanan famous di tempat tinggal sekarang
Tempat Best untuk di lawati di situ


Baiklah, tempat tinggal asal aku kat Johor. Tapi kalau Cik Fizah nak sekarang...tempat tinggal aku adalah Kolej Kediaman Ungku Aziz, UM.  Makanan famous kat sini? Aku tak taulah sama ada kefemesan makanan ni tahap Amerika atau tak, tapi kalau bagi budak-budak UM... yes memang ada beberapa tempat makan yang digemari untuk dilepaki disitu. *ayat dilepaki tu fail SPM ye*. 


1.  Char Kuey Tiaw Stesen U

Ni memang paling femes. Paling dekat dan memang sedap. Cuma mungkin, tak berapa sesuai untuk gadis-gadis metropolitan yang bajet hot sebabnya lokasi tepi jalan. Kuey Tiaw dia memang osem. Kau makan sepinggan, kau nak sekuali tau. Student memang rajin lepak situ. Sebab harga masih murah dengan kuantiti yang masih boleh diterima akal. *tiba-tiba aku yang craving... Lokasinya, betul-betul sebelah Stesen LRT Universiti dan Kondo Vista. 






2. Ayam Golek Nara 

Yang ini, student biasa pergi bila awal-awal sem. Beg duit masih kenyang. Hehehe. Ayam golek nara ni wei, aku cakap... memang kau geram tengok. Bulat, lazat, lembut, enak, manis semua complete. Kau boleh rasa rempah yang dia gunakan dengan secukupnya. Bila lunch hour, sini selalu full. Harga sebenarnya masih berpatutan lah kalau for family set... cuba lah sekali. Mesti kau rasa nak lagi dan lagi dan lagi.... Lokasi, Pantai Dalam, berhadapan dengan Flat Pantai Permai dan Petronas Pantai Dalam. 






Next, tempat menarik untuk dilawati.

Disebabkan UM ni berada tengah-tengah hutan batu, makanya macam kuranglah jugak tempat untuk dilawati. Tapi aku nak ubah sikit tempat dilawati tu kepada tempat yang menarik untuk aku lepak. Boleh? 

1. Tasik Taman Jaya 

Tasik ni sangat sesuai untuk aktiviti ringan-ringan riadah bersama keluarga. Aku nak kata selalu pergi tu tak jugak lah. Suka tempat tu sebab dia tenang. Tengok budak-budak lari-lari. Main layang-layang, tengok orang memancing dan tengok abang-abang hot joging! Hahahaha. Lokasi, Taman Jaya, Petaling Jaya. Berhampiran AmCorp Mall. 






2. The Sphere, Bangsar South

Tempat ni memang tempat elit. Tak ramai yang tau. Aku pun baru tau beberapa minggu lepas. Pada aku tempat ni sangat best kalau korang buat photoshoot. Elegant + Urban! Tiba-tiba kau rasa kau macam kat New York City. Aku masuk tempat tu pun memang impress lah. Sebenarnya, ni kawasan bangunan opis-opis elit. Aku tak sure lah boleh ke nak melepak kat situ, tapi aku main bantai je. Buat-buat macam orang opis jugak. Daripada The Sphere tu, kita boleh nampak keseluruhan Menara Rebung, TM.  Lokasi, jalan menghala Pantai Dalam. 


Ni luaran. Dalaman dia...

Aku nak jual gambar aku ni kat TM boleh dapat berapa JUTA??? 

Sangat osem

Skycraper 

Sangat damai. Duduk situ sambil baca buku

3. Mid Valley Megamall & The Garden 

 Kalau yang ini, aku gelarkan dia sebagai Taman Permainan Budak-Budak UM. Ni lah antara shopping complex terhampir dengan UM. Tapi banggalah sebab memang best pun. Semua ada. Paling menarik, setiap kali sambutan perayaan, decoration dekat lobi-lobi utama sangat osem! Rasa kau masuk dalam dunia fantasi. 





Jadi, as conclusion berbanggalah dengan Malaysia. Macam-macam yang kita ada.China Town kita ada, Little India kita ada *pun tak jauh dari UM. Tu belum masuk world culture hertage lagi. Semua di sini. Makanan pulak, jangan cakap lah. Memang kaw-kaw. Rakyat Malaysia memang food lover. So, proud to be Malaysian! 



p/s: Nak bangga sikit, hanya gambar untuk dalam The Sphere adalah sentuhan aku + Samsung Galaxy Ace aku. *cun tak?  Yang lain ikhsan Google.





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search