Lelaki Memang Nak Seks Je!

- 21.30
advertise here
As Salam Semua



Lelaki dan perempuan memang diciptakan untuk saling melengkapi.Secara psikologi, apabila seseorang perempuan sudah mulai sayang, dia sanggup berkorban. Lelaki pula mengambil kesempatan atas kasih sayang tu. Aku paling benci dengan ayat lelaki yang macam ni...

"Kalau awak sayang saya, awak serahkanlah semuanya pada saya. Lambat ke nanti ke, awak tetap saya punya!"

Kau tau tak tu ayat perangkap! Ayat yang bakal membuatkan kau terkulai layu di tepi katil. Mula-mula kau akan nampak dia betul-betul ikhlas sayangkan kau. Kira, confirmlah dia nak jadikan kau bini dia. Realitinya, selepas tu kau akan dijadikan tempat memuaskan nafsu. Kalau dia mahukan kau, dia akan cari kau. Kalau dia tak nak kau, kau akan dibiarkan. Diri kau tak ubah macam mesin seks! Bila kau dah kena macam tu, kau dah tak boleh lari. Nak berpisah, kau sayang. Kau takut dia ugut kau dan mengancam kau. Lebih parah, kalau period kau dah lambat 2 bulan. Nak teruskan hubungan, kau dah tak sanggup tanggung dosa. Asyik kena lanyak je tiap kali jumpa. Nak kahwin, duit pulak takde. Jawapannya... kau dah macam lembu kena cucuk hidung! Kesian aku tengok kau macam tu. 

Trick lelaki yang kedua yang biasa aku dengar adalah guna duit dan kekayaan. Pasal kau perempuan, kan materialistik. Kau nilai kebaikan seseorang lelaki dari segi duit dia. Kalau dia rajin bawak kau jalan, rajin belanja kau makan, rajin bawak kau shopping, rajin topupkan kau, mulalah dia jadi lelaki idaman kau. Padahal tu semua pancing je! 

Sepatah kata bapak aku,

"Mana ada lelaki yang dah 'melabur' tak nak kan balasan!" 

Jadi, sebab kau takut kau tak dapat lagi kesenangan dan kemewahan, dengan rela hatinya kau serahkan tubuh badan kau sebagai balasan. Well, senang kan nak dapat kepuasan? Percayalah kalau lelaki dengan mudahnya beri semua apa yang kau nak, mesti ada balasan yang dia juga nak. Apa lagi kalau bukan badan kau.  

Aku bercakap ni bukan nak tunjuk aku baik. Tapi aku cakap sebab aku sedih bila ada perempuan yang terlalu murah meletakkan harga dirinya. Kawan lelaki aku pernah cakap dekat aku satu perkara ni...

"Walau sejahat mana pun lelaki tu pernah buat, seramai mana pun perempuan yang pernah dia tidur, seorang lelaki tetap nak perempuan yang masih suci untuk dijadikan isteri."

Tak perlu aku cakap banyak, korang fikirlah sendiri. Sama-sama kita jaga maruah dan hanya untuk lelaki yang sah bergelar suami. Hati-hati dalam menjalin hubungan. Niatkan yang baik barulah kau dapat yang baik. Tapi kalau niat kau tak betul, yang tak betul jugaklah yang kau dapat. Tak semua lelaki jahat kan... *sebagaimana yang selalu kita dengar*. 


p/s: Jangan cepat menilai hati budi manusia. Manusia itu ada banyak jenisnya. 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search