Abang Askar Tough Yang 'NOBODY'

- 21.59
advertise here
As Salam semua



Pagi tadi aku pergi beli sarapan. Mengidam nak makan murtabak. Sementara tengah tunggu murtabak tu, ada satu pajero askar berhenti untuk sarapan kat situ. Turunlah 3 orang askar. Seorang ni berpangkat yang merupakan ketua dan dua orang lagi ni pun ada pangkat jugak. Badan tough seyh! Bukanlah kata aku suka sangat, tapi cara jalan, muka ketat semacam. Kira layaklah bergelar pahlawan yang mempertahankan negara. Tengok tangan yang ketua dia tu peh.... sekali lempang orang mahu 4 hari pengsan. Wow! 

Diorang pun lalu lah depan aku. Tak lama lepas si ketua yang ketak-ketak tu lalu. Tiba-tiba....


"I want nobody, nobody but you....I want nobody nobody but you...."

Adooooooooooooooi!!!!

Ringtone wonder girls tu! Kau mampu??? Dia pun bajet macam segan kot. Sebab ringtone tu kuat. Aku apa lagi, paling muka tempat lain, senyum je... padahal dalam hati. 

KAHKAHKAHKAHKAH!!!! pecah perut beb!


Badan tough, muka ketat, ringtone handphone ayu! Kau ada? 

Kesimpulannya, walau se-tough mana pun seorang manusia, pasti dalam hati ada taman! Kihkihkih


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search