Lampu Study Baru

- 03.11
advertise here
As Salam semua

Alhamdulillah, aku dah selamat sampai kat UM. Jadi, nak tak nak mood untuk study kena cepat-cepat diaktifkan. Kalau tidak, naya saje! Untuk meningkatkan mood study, lampu belajar jugak memainkan peranan penting. Aku ni dah lah rabun, kalau lampu malap-malap ni, memang bagi sakit mata je lagi jawapannya, baik aku membuta lah kan. 

Sebenarnya, memang dah lama dah aim nak beli study lamp ni. Sebabnya, aku ni jenis study lewat malam.  Kalau malam masih muda ni, aku just lepak-lepak je. Aku tak boleh study dalam suasana bising. Aku kena suasana senyap dan syahdu. Tapi, masalahnya, kalau waktu-waktu gitu room mate aku yang lain dah tidur. Itu yang serba salah tu nak on lampu. So, bagi mengelakkan ketidak selesaan pada yang lain, aku beli study lamp di Ikea. Nak tengok? 


Tu yang tinggi lampai tu lah lampu baru




*Paaaaaang!!!! Imaginasi sangat! 


Kau ingat muka kau cantik UM nak bagi sorang satu meja study macam tu? Tahun tiga ribu doplahpat baru boleh dapat. Kehkehkehkeh. No no no. Tu bukan bilik aku. Well, kebetulannya, study lamp yang aku beli ni, harganya murah gile dan ciri-cirinya mudah dibawa serta elegan. Tu yang aku rembat satu tu. Harganya RM 11.90 sahaja yer! 

Pandangan depan
Pandangan sisi

Actually, meja study aku simple je. As long as boleh buat kerja atas tu-ok lah. Minimalis saje. Takde yang surprise! *gaya Eric Leong* . Setelah di gaya-gaya kan sikit, inilah hasilnya. 

Si Kontot yang setia teman aku study
Study corner

Last but not least, selamat study semua! Holiday is over!!!! Dah-dah jangan nak memain lagi. Fokus. Fokus. 


p/s: Harga tu tak termasuk bulb ye. Aku beli bulb kat kedai luar. Kat ikea, bulb mahal! 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search