Blogger Hebat Tak Tepati Janji?

- 08.20
advertise here
As Salam Semua

Merujuk kepada tajuk macam kencang je kan. Yes, memang dia tak tepati janji. Saja je dia bikin panas kat aku ni ha. Sapa lagi kalau bukan blogger famous amous lagi terkenal Cik Puan Bunga. Haaa apasal? Korang ingat aku tak berani ke nak sebut nama dia? Tak main lah cover-cover! Berani kerana benar. 

Aku angin sebab dia tak tepati janji untuk ber'dating' dengan aku. Iyer! Dia dah janji dengan aku nak dating  hari Jumaat lepas. Confidentlah aku tunggu. Mula-mula plan tengahari, ok lah tu sebab pagi aku ada hal. So, aku pun bergegaslah buat Kek Puding Roti Bakar Berkismis nak bagi pada CPB. Siap beli loyang baru ni haaa....Than last minute dia kata ada meeting tahunan kat sekolah. So, dia nak cabut awal dan datang jumpa aku. Tapi...akhirnya. Dia tak dapat datang sedangkan aku dah tunggu dah kat Kluang Mall. Sedeh! Gigih aku hujan-hujan lebat drive ke bandar tau. Sabar je. 

Tapi, nasib baiklah dia pandai pujuk aku tau...cepat je rasuah gua. 


Reda sikit asap kepul-kepul dalam hati ni. Bukan dia saja-saja buat gitu. Hehehe Sebenarnya, dia ada urusan yang lebih penting. Meeting tahunan kat sekolah tu dia tak boleh nak elakkan. Ada pembahagiaan tugas untuk tahun depan. Yes, at first keciwalah kan. Frust nonggeng sat sebab dah gigih buat kek bagai. Tapi, positif balik... kesian kat CPB sebab balik sekolah penat-penat, tak kan nak datang ke Kluang dan dalam keadaan hujan lebat lagi. Jadi, aku redha la. Tak de rezeki nampaknya....

So, pada CIK PUAN BUNGA....
tak yah lah nak rasa bersalah sangat ye. Kita tak marah pun. Kita ok je. Sebab lepas tu kita ubah plan, jumpa BFF kita. Kehkehkehkeh. Insya-Allah kalau ada rezeki, kita akan dapat jumpa. Nanti kita buat kek yang lagi sedap ye....
Dah-dah tak yah nak boikot CPB, kalau nak boikot, pegi terjah blog dia dulu. Lepas tu confirm kau akan sayang dia dengan blog dia sekali.Dia ada pakai guna-guna sikit. Hati-hati. Kehkehkeh. KLIK SINI untuk dapat bunga. 


p.s: Peruntukan belanja jangan dibedal pulak & tak boleh nak marah-marah sebab CPB tengah running contest tu. Nak JOIN, KLIK SINI.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search