Serba Salah. Maafkan Aku!

- 16.28
advertise here
As Salam semua

Penangan 2 budak kecik ni KLIK SINI dan SINI JUGA memang hebat. Tak tahu aku nak cakap apa. Kecik lagi dah hebat macam ni apatah lagi besar nanti. Ramai pengikut ni. Bukan calang-calang. Disebabkan mereka trafik blog aku naik mendadak. Thank you so much to both of you... You really make me happy. 

Kebelakangan ni memang ramai yang datang singgah, follow dan komen kat blog  yang tak seberapa ni. Macam-macam feedback yang diberikan pada aku dan blog. Terima kasih jugak aku ucapkan pada semua visitor yang sudi datang. Terima kasih sebab menyukai blog ini dan memberikan respon anda. Kerana anda, blog ini berharga. *feeling atas pentas Grammy Award*  Aku sangat suka baca respon dan komen orang. Sebab pada aku, itulah kepuasan berblogging. Bila mesej dan ilmu yang kita sampaikan di-digest oleh pembaca. 

Tapi, serba salah aku dibuatnya, aku belum pun berkunjung ke blog mereka. Banyak jemputan tu yang mengajak aku datang blog mereka. Wait!!! Aku bukan blogger kerek ye. Sebab aku jugak pernah berada di tempat korang berada. Di mana kita punya layanan macam endah tak endah je. Jadi, jangan risau aku akan datang dan terjah semua blog yang singgah, follow dan komen blog aku. Cuma sekarang ni kekangan masa dan tugas membataskan aktiviti kegemaran aku tu. Next week, aku cuti panjang sikit. Raya Haji + Mid Sem. Haaa... time tu korang tunggulah kedatangan aku ke blog korang. Boleh??? 





p/s: Love to appreciate other people. What you give, you will get back!

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search