Cemas! Tayar Bas Meletup dan Hampir Meragut Nyawa Aku.

- 16.48
advertise here
As Salam semua


Alhamdulillah, masih lagi diberi rezeki untuk bernafas di bumi Allah ni. Mungkin kalau tidak, hari ni aku dah takde lagi kat dunia ni. Semalam merupakan pengalaman yang sangat mencemaskan buat aku. Bila tayar bas yang aku naiki untuk balik ke KL meletup di tengah jalan dan menyebabkan bas terpusing beberapa kali. Kejadian berlaku hampir dengan R&R Tangkak. Fuh!!! Memang cuak lah. Cemas dan menakutkan. Dahlah sebelah jalan highway tu gaung. Mujur driver tu tak bawak bas terlalu laju dan dia cekap mengawal stereng. Pakcik bas tu pun tak emo bila ada masalah. Cool je dia setelkan masalah tu dan tak lah menyebabkan kita stress kan... 

Bayangkanlah, lepas terpusing beberapa kali tu, bas boleh terberhenti betul-betul melintang tengah highway. Semua dah panik bila bas berhenti melintang tu kan, nasib baik kejadian pagi dalam pukul 9 gitu..kereta belum banyak. Dah ada kereta yang mula hon-hon dari jauh. Alhamdulillah, bas selamat dibawa ke tepi dan dalam 10 minit lepas tu ada bas ganti untuk bawak kiteorang ke KL. Selamat dah sampai! 

Itulah, bila fikir balik maut memang boleh datang pada bila-bila masa je. Kita sedia atau tidak, maut tetap akan datang. Tak lebih sesaat, tak kurang sesaat! Sharp dan takde nego-nego! Sedangkan malaikat maut sendiri datang kepada kita 70 kali sehari, meninjau persiapan kita ke sana:


Sebuah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari." Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail:
"Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Jadi, sama-samalah kita saling mengingati kematian. Semoga kita semua bersedia menghadapi maut dan semoga kita semua dimatikan dalam keadaan yang baik iaitu keadaan Khusnul Khatimah. Jom sama-sama kita mohon ye...Insya-Allah... 

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

p/s: Syarikat bas harapnya lebih tumpukan pada keselamatan penumpang. Keadaan bas perlu sentiasa dijaga dan diambil berat! 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search