Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani.

- 22.38
advertise here
As salam semua

* ENTRY NI PANJANG & BANYAK AYAT SARKASTIK. HARAP SUDI BACA SAMPAI HABIS






Photobucket


Korang kenal dengan perempuan yang buat 5 jari tu *mintak penampar agaknya?* Kalau korang tak kenal, aku rasa tu satu kerugian besar dalam dunia blogging korang. Nama dia CIK PUAN BUNGA *kak, kau tak yah perasan ada Cik lagi lah* hehehe. Dia bukan penjual bunga ataupun pekebun bunga, tapi dia ada hati yang berbunga-bunga. Wah! Kenapa? Sebab kat blog dia sekarang ni tengah running MEGA GIVE AWAY! Part paling best part INI. Tapi lagi best, yang bawah ni. Kau baca betul-betul. Berani tak berani makcik ni kan.


Dia ajak kita gaduh wei dengan dia. Ceh, dia belum kenal lagi kot aku sapa. Kau tengok kak, badan aku. Kalah kau kak. Sekali tuiiiing je ni! Kehkehkeh. Ok, fine. Dah orang bukak gelanggang kan. Tak kan nak cabut lari. Aku sahut cabaran kau kak. Kita lawan! Kalau korang nak jadi penyokong aku, korang KLIK SINI. Tapi kalau korang nak jadi penyokong CPB, korang KLIK SINI! 


Lets fight kak!

1. HEADER CPB

Yang Pedas: Korang tengok. Apa punya takde kelas kan header dia. Takde colour langsung. Putih je. Plain. Tu haaa letak gambar kasut sepasang, beg sebijik *cilok mana tak tau*, bajet hot lah! Nak tunjuk apa tak tau. Tak nampak pun jenama LB ke, Proda ke, Geass ke, baru ada kelassss!!!

Yang Manis: LESS IS MORE. Haaa...itulah yang korang tak tau. Header yang perfect untuk seorang mama hot macam CPB. Sebagai mama dan seorang guru, tak kan lah nak letak gambar jelir-jelir lidah sebagai header blog kan? Cukuplah dengan menampilkan pemilihan warna yang menarik iaitu merah sebagai tanda HOT dan putih sebagai tanda kesucian hati seorang mama. Kasut tu tandanya, blog ni berkaitan dengan setiap langkah CPB setiap hari. Banyak ilmu, cerita menarik dan kelakar yang dikongsi. Semuanya bermanfaat dari perspektif seorang mama. Beg tu pulak lambang kepada sifat keibuan. Cuba korang perhati, kan selalunya mak yang pakai handbag. Jadi, CPB ni jelas sifat keibuannya dalam membesarkan putera tercinta dan membahagiakan sebuah keluarga!


2. PAGES


Yang Pedas: Mendalah letak pages-pages bagai ni. Ceh, ada tips, tutorial bagai. Tapi taklah hebat blog dia pun. Basic je blog CPB ni. Tu, Parenting Issues tu, CPB ni dia pakar ibu bapa ke? Anak kecik lagi kot, belum banyak pengalaman! Toksah lah letak segala bagai tips tu. Buku kat luar kan banyak! 

Yang Manis: MESRA PENGGUNA. Kau tengok, betapa pemurah dan baik hatinya CPB berkongsi ilmu. Kedekut-kedekut ni bukan sifat CPB. Jelas keikhlasan dia jadi pendidik sampai terbawak-bawak ke blog. Segala bagai tips ada dan untuk semua lapisan umur. Bukan hanya menjurus pada mak-mak sahaja. Korang tak percaya? Meh kau tengok ni...


Untuk Si Pencinta Kecantikan:


Untuk Si Bakal Ibu Muda:


Untuk Si Food Lovers:


Untuk Si Kaum Adam:


Untuk Si Blogger:


Untuk Si Manja Baby:


Untuk Si Suami Isteri:



Haaa.... kau tengok. Complete tak complete blog CPB ni. Semua ada. Dari A-Z. Jadi, blog CPB ni bukan sekadar kau sorang boleh baca tau. Kau dengan satu family kau boleh baca. Mana kau nak dapat blog macam tu? Dah macam blog Klinik Kesihatan Keluarga dah tau. Kelasss kau CPB! CPB bagi tips berdasarkan fakta dan pengalaman dia. Bukannya main reka sesedap rasa. Kata orang, pengalaman ni lah yang mengajar kita erti kehidupan. So why not kita ambil pengalaman orang dan jadikan panduan dalam hidup.


3. FORMSPRING


Yang Pedas: Alaaa menyemak lah benda ni letak kat atas page. Makan ruang je. Letak kat tepi tak boleh ke? Nak letak tengah dunia buat hape?

Yang Manis: CIKGU SIBER! Yes, zaman sekarang ni bukan macam dulu, kau nak tanya soalan kat cikgu kau kena angkat tangan. Tunggu sampai dia nampak kau baru lah korang boleh menyampuk. No.no.no! La ni, kau ada soalan, tak kira siang, malam, subuh, pagi, senja korang boleh terus je tanya kat CPB ni. Kau tanyalah apa soalan pun, dia senang hati akan jawab *as long as your question tu make senselah!*. Bukan tu je, kau nak mintak dia ajar kau buat sesuatu pun boleh. Contoh, "Cikgu macam mana nak eja perkataan FLOWER dalam bahasa Tamil?" nanti CPB akan buat entry berkaitan persoalan kau tu dan boleh lah kau orang share sama-sama! Tak ke hebat cikgu zaman sekarang?


4. IKLAN


Yang Pedas: Ni kan blog bukan tempat iklan. Toksah lah blog letak iklan. Buruk kot!

Yang Manis: FIKIRAN JAUH. Kau tengok title sidebar tu. TABUNG BULUH. Tu maksudnya CPB ni seorang yang berfikiran jauh. Menabung hari ni untuk hari esok. Tabungan sekarang bukan sekadar hanya melalui bank, blog pun boleh dijadikan pelaburan tau. Yelah, manalah tau esok lusa duit iklan kat blog CPB ni boleh taja Adam sambung belajar. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Lagipun takdelah semak sangat blog CPB ni dengan entah apa menatang iklan. Masih diterima apa letak seketul kat situ. 


5. BANNER

Yang Pedas: Banner gambar kapal terbang? Budak-budak sangat. Tak cunlah! Tak padan dengan usialah banner dia tu.

Yang Manis: COOL. Apa gile kau tak cool banner macam tu? Kalah Air Asia tau! Ada kapal terbang yang boleh terbang-terbang lagi dalam banner CPB. Kau ada? Banner ni lah lambang blog CPB. Lambang jalinan ukhuwah maya yang dicipta CPB melalui blog. Banner ni jugak menunjukkan CPB rajin terbang a.k.a melawat blog orang lain. Bukkannya duduk semata-mata dan mengharapkan orang lain je jenguk dia.


6. FOLLOWER


Yang Pedas: Ek eleh, ingatkan follower dah ribu riban! Ciput gitu je. So takdelah hebat sangat! Blogger hebat follower mesti paling command 3k lah kak!

Yang Manis: MENGHARGAI ORANG LAIN. Kau cuba baca apa CPB classify follower dia? VVIP. Tau apa maksud? Very-Very Important Person. Kau tengok betapa sayangnya dia kat follower dia sampai dia letakkan follower dia sebagai orang-orang penting dalam hidup dia. Kuantiti tak menunjukkan kualiti. Harap maklum. Biarlah banyak mana pun follower sesebuah blog tapi kalau tuan punya blog  tak tahu menghargai follower dia nak buat apa kan? pssst... LIYANA LUNIA pun follow dia tau! Sentap hati gua nak!


7. BLOGLIST
Yang Pedas: Kata bloglist, tapi tak nampak pun senarainya. Nak hide pulak! Leceh lah blog CPB ni. Buatlah macam orang lain, listkan blog-blog best ni kat sidebar. Senang. Tinggal klik je. 

Yang Manis: UP SAMA-SAMA. Yes, CPB bukan nak naik sorang. Blogslist ni maksudnya dia buat promotion percuma pada teman-teman blogger yang lain. Bukan nak naik sorang-sorang. Selain tu, bloglist dia ni pun sebagai tanda CPB menghargai follower dia. CPB sort up kategori yang sesuai untuk mereka yang berminat nak join bloglist tu. Oh, kelainan lah yang CPB buat tu. Kalau orang selalu senaraikan berjela-jela, dia buat compartment. Klik je lah. Bukan susah sangat pun! 


8. MAMAHOOD

Yang Pedas: Alaaa ni anak pertama je buat cam ni. Tengah rajin. Nanti kalau dah ada anak 5-6 jangan haraplah nak show off macam ni. Tiap-tiap bulan nak rekod pasal kandungan bagai. 

Yang Manis: PENGALAMAN BERHARGA. Proses menjadi seorang ibu tu sangat-sangat bermakna dan manis bagi seorang perempuan tau. Rasa diri tu complete dah! Aku sangat suka part ni bila mana kenangan mengandungkan Adam dishare bersama. Ni jugak boleh jadi panduan buat ibu-ibu muda yang sedang hamil kat luar sana. Malahan nanti kalau Adam dah besar, dia boleh baca sendiri dan lihat macam mana mama-nya Si CPB ni mengandungkan dia, melahirkan dan membesarkan dia. Sentimental Value tu!


9. ADAM IRFAN XAHARIS

Yang Pedas: Macamlah dia sorang je ada anak. Semua nak tulis dalam blog. Anak nak susu, anak muntah, anak demam, anak mula jalan. Eh please....

Yang Manis: IBU PENYAYANG. Tengok anak kau membesar depan mata, kau tak dapat bayangkanlah macam mana best dan seronoknya perasaan tu. Sebab tu CPB share segala kemanisan tu dalam blog dia. Dia rekod perkembangan Adam supaya dia dan suami dapat pantau perkembangan baby nya. Macam aku cakap tadi, dalam entry dia tu semua penuh dengan tips yang sangat bagus. Kau ingat senang ke nak besarkan anak?


10. FAMILY ON BOARD


Yang Pedas: Bloglist dia semua kaum kerabat dia. Sifat kronisme yang tinggi! 

Yang Manis: LOVELY FAMILY. Boleh berinteraksi online je family CPB ni. Tak yah lah nak tunggu setahun sekali masa raya je baru nak jumpa dan share all the story. Senang nak stalk. Kalau rindu sangat, bukak blog baca je kisah-kisah mereka. Kan sweet! Mak Long ada, Adik CPB pun ada. Jadi dari situ nampak kemesraan mereka. So, blog CPB ni mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka tau!



KESIMPULANNYA:  PERFECT!!!

Dah kau tak payah lagi nak cari blog-blog lain yang secukup ni. Semua dah ada dalam blog CPB ni. Cukup sempurna untuk dijadikan blogger mama terhebat! Kau bacalah satu persatu entry dia, aku boleh gerenti kau tak menyesal untuk tekan button NEXT PAGE kat bawah page CPB tu. Kau gelak tak sudah ada lah. Ayat dia kaw-kaw! Cukup sifat dan cukup buat orang geli hati. Walaupun kadang-kadang dia akan mulakan entry dengan karutan Pak Pandir dia tu dulu. Tapi contentnya semua lengkap. Dia jujur dalam setiap entry. Sampai aku yang duduk beratus kilometer ni pun boleh rasa feel dia dalam menyampaikan mesej. Kau boleh tengok macam mana gigihnya seorang ibu melayan kerenah anak bujang yang mula nakal, *KLIK SINI* macam mana bersemangatnya dia mendidik anak untuk jadi insan berjaya, *KLIK SINI* macam mana sweetnya dia sebagai isteri yang solehah kepada suaminya, *KLIK SINI*, macam mana friendlynya dia dengan kawan-kawan, *KLIK SINI*, macam mana baiknya dia sebagai seorang kakak *KLIK SINI*, dan macam mana kentalnya semangat dia sebagai pendidik *KLIK SINI*. Dah kak, dah penat aku kembor a.k.a selongkar blog kau kak! Kehkehkeh. Tu semua entry yang aku suka. Kalau boleh aku nak letak semua entry CPB tapi dah tak larat ni ha... Kau orang masuklah sendiri blog dia. Baru kau tau apa erti nikmat dunia!!!! Dan masa tu kau baru tahu yang kau dah kena ubat guna-guna dari CIK PUAN BUNGA! 

Lastly, supaya aku tak kena singkir awal-awal. Aku tag 2 orang blogger yang aku rasa ada chance untuk menang dalam bab contest-contest ni :

1. KAK NIDA yang jugak MAMA HOT @ http://radinsah.blogspot.com/
2. AZHAFIZAH yang suka pink @ http://www.azhafizah.com/


p/s: Ada harapan menang tak??? 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search