Tengok Movie Hantu Bonceng Bersama Zizan ML di Hari Raya Ketiga

- 10.55
advertise here
Salam semua



Wah wah wah. Bukan main lagi ni ha... raya tak ingat aku pada blog cayang bucuk-bucuk ni. Sori yer darling! Terlupa kat baby sekejap. Kehkehkeh. Ni apa hal tiber kan ber-baby-baby? Nanti aku story. Bagi aku, raya tahun ni sangat berbeza. Bukannya tak seronok seperti tahun-tahun lepas, tapi tahun ni kiteorang sefamily menghabiskan masa kat rumah menunggu kehadiran sanak-saudara datang bertandang untuk menziarah ayah aku. Alhamdulillah, memang ramai yang berkunjung ni. Aku buat air minum sampai 12 trip jag besar! Nasib baik tak buat dalam tempayan kan? Family ayah dan mak aku semuanya adalah. Memang seronok kan bila satu keluarga besar berkumpul sama dengan pakai baju lawa-lawa. Comel je semua. Masa ni lah kita nak kenal sanak saudara. Nak berborak dan bertukar cerita, masa lain payah wei nak gather sama. 

Hari ketiga raya ni, memang full rumah aku. Lepas satu trip, satu trip lagi datang. Tak main lah datang sorang dua, sekali datang minimum pun 10 orang tau. Makanya, aku dan adik beradik lain jadi lipas kudung di dapur. Part aku basuh pinggan dan buat air. Adik aku tukang hidang makanan dan akak aku, bahagian cleaner. Dan kebetulan ada sepupu aku dari Kedah datang, mereka pun bantu sama. Ligat di dapur. Dan habuannya, di malam hari, ayah aku bagi green light untuk tengok movie bersama-sama. Kiteorang tengok Hantu Bonceng! Yang lebih seronok, muka cousin aku adalah iras-iras sipi sipi muka Zizan. Perangai pun sama je ni. 




Sepupu sepapat, jangan jauh mari dekat




Penat tapi enjoy





Tu lah Zizan Raja Lawak. Perangai sama dengan sepupu aku sorang ni
Haa... tu sepupu-sepupu lelaki aku. Toksah nak mintak aku introduce sorang-sorang. Yang gegirl tu, adik beradik aku. Malam tu mengonjeng seketika setelah penat melayan tetamu. Let me tell you about the movie. Overalla aku boleh bagi rating 4 bintang pada cerita ni. Memang full hall malam tu. Makcik pakcik lepas balik beraya pun ada join sama tengok movie. Pada aku cerita ni memang buat aku tak kering gusi. Zizan lah memang PTUIIIH! Kasi aku pecah perut. Hantu tak takut sangat, tapi cara nak handle hantu tu tak boleh blah. Lagi-lagi dengan bantuan pelakon pembantu "Kunyit" memang best-best manja. Cubalah korang pergi tengok kat movie. Kompem terburai usus besar korang dok gelak tak hengat!!! Cerita hantu raya paling best lah setakat ni ye. Aku rasa ni adalah alternatf baru nak sedarkan mat-mat rempit kat luar sana. Jadi, Mat Rempit WAJIB tengok! Korang usha dulu trailer Hantu Bonceng....




p/s: Bila korang tengok movie ni barulah korang tau kenapa aku Ber-baby-baby!


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search