Pandai Nuffnang Pujuk Aku Selepas Mengecewakan.

- 02.18
advertise here
Salam semua

Baiklah, cerita kali ni dimulakan dengan berita sedih. Sebagaimana yang aku pernah bagitau dalam entry ini, aku dapat invitation untuk Preview Screening Movie Johnny English Reborn. Aku dah penuh excited dah ni. Cepat-cepat ajak BFF aku yang jugak Model Hot Karangkraf untuk temankan aku. Memang aku happy gila lah sebab cerita tu kompem best kan. Tetapi, malang tidak berbau....



Beberapa hari selepas tu, aku dapat satu email revocation daripada Nuffnang yang kata aku tak reply RSVP email mereka. Apa lagi, sedih dan lara lah hati aku. Aku pun terus je taip laju-laju hantar ticket kat helpdesk Nuffnang. Tunggu punya tunggu sampai lah pagi Selasa ni takde apa-apa jawapan, jadi aku pun decide untuk call Nuffnang. Pujian harus diberikan kepada admin Nuffnang sebab sangat-sangat friendly. Mesti lawa orang yang jawab call aku tu. Suara lembut dan baik je. Heheh, but it is not the point. 

Emel balasan Nuffnang
Berita kurang gumbira diberikan. Terdapat technical problem daripada pihak mereka dan RSVP Email aku tak diterima pihak Nuffnang dan yang lebih sedih, tiada lagi ticket untuk aku. Huhu...Sedih! Takpelah. Takde rezeki agaknya.

Maka, dengan suara sedih aku bagitau Yaya pasal hal ni...tapi suddenly...
Bila petang pula aku bukak email, TAraaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ada satu invitation lagi yang Nuffnang bagi lah! 


Fuhyooo...Aku dapat invitation untuk ke Konsert Suara Kami 2011 di Stadium Merdeka 17 September ni yang membariskan artis-artis hebat negara.


Antara retis yang akan buat persembahan 

Ada sapa-sapa peminat FT?

Okeh, hati yang lara tadi terubat kini. Seriusly aku excited. Makanya, Cik Yaya aku ajak untuk temankan aku. So, jumpa korang kat sana ye.


p/s: Tiber excited nak jumpa Faizal Tahir... kehkehkeh...


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search