KISAH BENAR: Student IPTA Terselamat Daripada Menjadi Mangsa Keldai Dadah.

- 21.56
advertise here
Salam semua

As I told you before, a lot of story in the beginning of my 3rd Year semester. This is one of the best story I have and I think all of us must take a pre-caution step! Kisahnya begini...

Salah seorang kawan kepada kakak kawan aku ni berkawan baik dengan student perempuan jugak daripada Arabic Country. Not sure negara mana. Mereka student sama-sama di salah sebuah IPTA tempatan. Memang rapat. Mana-mana pergi mesti bersama. Cuma bezanya, mereka berlainan kolej kediaman. 

Jadi, satu hari ni budak Arab ni kirimkan satu kotak yang dah dibungkus dan mintak budak Melayu ni untuk poskan ke alamat yang dia bagi. Dia kata dalam tu buku. Dia tak dapat ke post office sebab dia ada kelas dan sangat busy hari tu. Kotak tu mesti diposkan hari tu jugak. Budak Melayu ni pun tolonglah untuk poskan. Tapi sebelum dia poskan, dia balik ke bilik untuk salin baju dan letakkan kotak kiriman tu atas meja. Entah macam mana, nak diselamatkan Allah, kotak kiriman tu terjatuh dari atas meja dan terpecah. Rupa-rupanya, dalam kotak tu, diisi penuh dengan dadah serbuk! Apa lagi, menggigil lah budak Melayu ni...

Dalam keadaan takut tu, dia pergi ke Balai Polis yang berhampiran. Dia buat report dan kata yang tu bukan 'barang' dia. Polis buat jalankan siasatan. Bila disiasat, segala nombor dan alamat yang budak Arab tu bagi adalah palsu. Bila polis call nombor budak Arab tu pun, terus takde dalam perkhidmatan. Malahan bila check dengan universiti, langsung takde nama budak Arab tu dalam rekod. Masa tu, budak Melayu tu rasa sangat terkejut. Sebab tak percaya yang selama ni dia ditipu. Dia check nama dekat kolej kediaman yang didakwa sebagai tempat tinggal budak tu, pun takde nama budak Arab tu. Sehingga sekarang, budak Arab tu missing in action. Tak tahu siapa dia. Cuma kawan kepada kakak kawan aku tu rasa bersyukur sangat sebab Allah selamatkan dia daripada menjadi mangsa "KELDAI DADAH".


So, sekarang ni aku rasa keadaan semakin bahaya. Kalau dulu kita dengar kes student Malaysia kena tangkap bawak dadah kat luar negara kan, atau pun jerat cinta dan dipaksa bawa dadah,  tapi sekarang dia dah mula berada di IPT tempatan dan pengedarnya adalah kaum wanita sendiri. Hati-hatilah bila berkawan. Lebih-lebih lagi melibatkan orang luar. Sebab orang sekarang ni, rambut je sama colour, hati lain-lain. Aku harap kita semua dilindungi. Insya-Allah! 

Blogging Happily with The Cool Blog & The Fluffy Pappa Roti


p/s:  Hukuman mengedar dadah ialah hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Sesksyen 39B(2) akta sama. 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search