Kenapa Sekejap On, Sekejap Off Ni?

- 19.26
advertise here
Salam semua

Aku percaya isu kali ni memang dah lama mendapat liputan meluas daripada pelbagai pihak. Ramai blogger yang pernah post pasal benda ni. Aku pun dah dua tiga kali jugak cerita kes ni. Tapi aku tak kira. Sebab aku percaya, kita perlu berusaha untuk mengajak kepada kebaikan. Isu apa lagi kalau bukan isu Tudung. Sehelai kain yang diletakkan diatas kepala bagi menutupi 'mahkota wanita' yang turut dikenali sebagai aurat iaitu beribu-ribu helai rambut. 


Maafkan aku kalau ada yang terasa cuma aku ingin tahu kenapa ada sesetengah di antara kita yang pakai tudung ON dan OFF? Kenapa di universiti atau di sekolah, boleh memakai tudung litup tapi kenapa bila keluar berjalan bersama keluarga, kawan-kawan atau mungkin ke luar negara, tudung pun terbang entah kemana? Adakah mereka memakai tudung sekadar akur pada undang-undang dan peraturan bukannya takut pada si-DIA? 


Mungkin bila aku utarakan isu ni, bagi mereka yang tak pakai tudung akan mengatakan "Lebih baik macam aku, kalau tak ikhlas nak pakai, tak payah pakai. Jangan pura-pura!". Ish. Itu lagi salah. Tapi kan lebih elok kalau pakai tudung tu biar beristiqomah. Tak kiralah dimana juga korang berada, dalam keadaan apa jua sekalipun. Kerana pada pandangan aku, bila mereka ON dan OFF memakai tudung, seolah-olah menunjukkan agama itu boleh dipermainkan sesuka hati. Aku harap mereka-mereka itu boleh kekal bertudung sebab korang sangat cantik dalam jilbab! 



p/s : Ingat-mengingatkan itu suruhan agama! 


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search