Update Sebulan Sekali Tapi Visitor Hari-Hari Ramai Giler. Ini Pandangan Peribadi Aku!

- 07.15
advertise here
Salam semua


Sebelum berbuka puasa tadi, aku ada post entry yang meminta korang komen berkaitan isu panas ni. Malahan aku jugak mintak pandangan blogger senior, Abang Ben Ashaari. Isunya adalah berkaitan Update Sebulan Sekali, Tapi Visitor Hari-Hari Ramai Giler. Untuk entry sebelum ni, korang boleh KLIK SINI untuk baca.

Baiklah, aku mulakan komen dan pandangan aku dengan mengetengahkan komen Abang Ben:



Secara jujurnya, aku bersetuju dengan pandangan Abang Ben. Bukanlah sebab dia blogger senior, aku terus terima bulat-bulat apa yang dia kata. Tapi aku bersetuju atas beberapa asas.

1. Entry yang bermanfaat

Seperti yang  pernah aku sebutkan sebelum ni, blog bukan sekadar satu tempat bersuka ria tapi lebih kepada perkongsian ilmu, pandangan dan pendapat yang bernas. Jadi, adalah lebih mustahak supaya setiap entry yang dihasilkan mestilah mempunyai unsur yang bermanfaat kepada pembaca. Walaupun dengan hanya satu entry, tapi sekiranya entry tu sangat berguna dan boleh diterima, maknanya penggunaannya akan berterusan sebagai bahan rujukan.


2. Kualiti dan bukannya kuantiti

Pandangan peribadi aku melihat kepada dunia blog hari ni, ramai blogger terutamanya yang masih muda belasan tahun, menjadikan blog sebagai diari. Segala apa yang terlintas di kepala, apa yang terpendam dihati, ditulis di blog. Boleh aku tau, semua tu untuk apa? Secara jujur, aku tak berapa berkenan dengan blog yang sentiasa menjaja cerita peribadi. Ini kerana, pandangan dan penerimaan orang adalah berbeza-beza. Takut tersalah tafsir, akan memburukkan keadaan. Yang mendapat malu adalah kita juga. Sama halnya dengan jumlah follower. Aku tak pernah melihat kualiti sesebuah blog melalui jumlah follower kerana pada aku, follower boleh dimanipulasi. Tapi aku juga tak menolak mereka yang selayaknya memiliki follower yang ramai. 

3. Jadi kreatif & Jaga sensitiviti

Visitor atau tetamu  yang datang ke blog kita setiap hari adalah berbeza-beza.Mood mereka juga berubah-rubah.  Jadi, sebagai tuan rumah, aku rasa adalah lebih elok dan manis jika kita cuba pelbagaikan hidangan yang kita berikan. Tak kan lah, setiap kali update, kita akan bercerita kisah kita pegi photoshoot je memanjang tak pun cerita kita beli barang berjenama. Boleh naik jemu dibuatnya. Secara terselindung, visitor akan menganggap tuan blog show off. Jadilah kreatif dan jaga sensitiviti setiap pengunjung blog. *kalau boleh


4. Paras Rupa Satu Bonus

Aku pernah jumpa satu blog yang baru 3 bulan je usianya tapi follower dah hampir 5000 orang. Hebat tak? Aku cuba cari dimana kekuatan blog Cik Hot ni, oh... kuncinya sangat mudah. Setiap entry ditampal banyak gambar dirinya dalam keadaan ayu. Malahan setiap entrynya akan menerima puji-pujian yang melambung. Saban hari, follower naik mencanak-canak. Adakah itu follower yang berkualiti? Sekali lagi, aku lebih prefer blog yang berkualiti entrynya. Kenapa? Mudah je jawapannya. Sebab aku rasa, dunia blog merupakan medan perkongsian pendapat. Bukan medan menjual diri dan rupa. Mungkin akan ada yang kata, "sebab kau tak lawa kau cakap macam tu!" Oh, tidak. Aku pernah berbual dengan seorang blogger femes yang pada pandangan aku dia sangat cantik. Dia jawab simple bila aku tanya, "Eh, follower awak beribu sebab awak cantik kan?" Katanya "Blog adalah satu dunia maya. Semua orang nak nampak cantik dan baik dalam dunia tu. Tapi percayalah, kalau kita ikhlas tulis blog, berkongsi ilmu dan pendapat yang bernas tak perlu tayang muka, blog kita dah nampak 'cantiknya'!" 


Kesimpulannya pada aku, tak perlu jeles dengan mana-mana blog yang visitor ramai setiap hari walaupun updatenya kurang. Binalah identiti sendiri dan jadi blogger yang matang. Pengalaman merupakan guru yang paling berguna dalam semua bidang termasuk dunia blog. Percayalah pada apa yang korang lakukan. Jika korang percaya dengan diri sendiri, barulah follower akan percaya pada korang. Great idea will produce a great leader!


p/s: Yes, i am not perfect too. Perhaps not a famous blogger. But this is just my personal view. Feel free to object mine! =) And please jangan compare diri kau dengan orang lain. Boleh meroyan dibuatnya!

Minor update: Aku dan Abang Ben mempunyai pandangan yang sama. Baca Entry Abang Ben YANG INI.

"Sasaran aku adalah .. " Betul la tu Ben .." .. " Aah.. saya setuju " atau " Ben , saya rasa pendapat awak tu tak berapa betullah .. " .. Itu yang aku mahu.. perkongsian pendapat.. Perkongsian ilmu.. Perkongsian cerita .." Ben Ashaari

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search