Penghinaan Terhadap Islam oleh Artis Malaysia!

- 16.48
advertise here
Salam semua

Eh, apasal pagi-pagi lagi buat aku sedih ni? Adakah rakyat Malaysia*bukan semua ye* sudah semakin kurang peka terhadap sensitiviti agama? Kes Orang Murtad di Bulan Ramadhan baru je 5 minit aku post, tup-tup keluar lagi satu gambar yang menghina bulan suci Ramadhan & Syawal. Yang lagi sedih, dilakukan sendiri oleh artis Malaysia yang beragama Islam. Memang melampau. Kerana duit sanggup mengenepikan perihal agama? Aku tak tau siapa yang patut dipersalahkan. Tapi kalau ikutkan hati aku, dua-dua perlu dipersalahkan! Syarikat pengiklanan memang sengaja mengambil kesempatan menghina Islam dengan meletakkan masjid sebagai background perempuan berpakaian seksi dan artis rela buat apa je asalkan dapat duit. Tak kan lah tak tengok dulu iklan sebelum di publish. Jadi pak turut je ke? Lagi satu hal, itu ke baju raya yang biasa dipakai? Kalau pakai baju kurung tak boleh ke? Fikirlah sendiri. 



p/s: Aku naik anginlah dengan benda macam ni... *kacau mood aku betul pagi-pagi lagi.





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search