Pemergian Si Comel Pada Jumaat Terakhir Di Bulan Ramadhan

- 03.03
advertise here
Salam semua

Berita kali ni agak sedih..eh salah. Memang sedih. Sedih sebab berita tentang kehilangan yang tersayang. Pada Jumaat terakhir di bulan Ramadhan, satu keluarga aku bersedih atas kehilangan kucing kesayangan kiteorang yang bernama Comel. Dah lima tahun kiteorang jaga dia. Akhirnya pada Jumaat lepas 26 Ramadhan, dia pergi tinggalkan kiteorang. 

Betul kata orang ek, kucing ni kalau nak mati kalau boleh dia tak nak mati depan tuan dia. Masih aku ingat malam Rabu hari tu, aku nak bagi makan pada Comel dan Kimie, bila aku bukak je pintu sangkar dorang, si Comel cepat-cepat keluar nak lari dalam keadaan terhuyung hayang. Tapi aku tak bagi. Sebab aku dah terdetik dalam hati yang dia bakal mati dalam masa terdekat. Jadi pada aku, kalau betul dia nak mati biarlah dia mati depan mata aku dan aku nak tengok dia buat kali terakhir. Masa aku baringkan dia malam tu atas kain, aku usap bulu dia yang panjang tu... lepas tu aku cakap kat dia pelan-pelan " Kalau Comel nak pergi, pergilah. Aku redha!". Dia pandang je mata aku. Lepas tu dia mengiaw sekali. Oh... sedih sangat-sangat! Sekali lagi sebelum aku masuk tidur tu, aku panggil nama dia. Selalu bila panggil je dia akan toleh atau mengiaw, tapi kali ni dia tak pandang pun. Dia baring menghadap dinding. Ketika tu, aku tengok perlakuan Comel tak tumpah macam manusia yang sedang menanti malaikat maut mencabut nyawa. Akhirnya, pagi Jumaat aku tengok Comel dah kaku. Tak bernafas. Bertemankan Kimie di sebelahnya. Inallillah....

Semoga Comel dapat membantu aku sekeluarga di akhirat sana. Kasih sayang antara manusia dan haiwan memang tak dapat digambarkan. Semoga aku sekeluarga mendapat pahala membela haiwan kesayangan Rasulullah ni. Amin. Kenangan bersama Comel sentiasa mekar dalam ingatan...





Geram dengan ekor dia. dahlah manja!






Tinggal Kimie sekor!




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search