Maafkan Aku...

- 03.05
advertise here
Salam semua



Keputusan Contest Blog Aku Kena Gigit telah pun diumumkan sebentar tadi. Pertama sekali, aku nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua sekali para peserta contest. Secara jujur aku sangat-sangat berbangga dengan kebolehan korang semua dan bersyukur sebab memiliki kawan-kawan blogger yang benar-benar menyokong aku dalam dunia blog ni. 

Terima kasih jugak aku ucapkan kepada pihak-pihak yang telah menyokong dan memberikan entry penghargaan, beberapa komen serta pandangan terhadap contest aku ni. Seperti biasa, aku jugak baru belajar dalam dunia blog ni. Tak lupa jugak buat rakan penaja Yana Kit Kat yang kecik-kecik, cili padi.  Jadi aku memohon ampun dan maaf atas segala tersilap kata dan tingkah, aku telah mencuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak dan harapnya korang juga berpuas hati dengan layanan yang aku berikan sepanjang contest ni berlangsung. 

Pandangan, komen dan penghargaan daripada korang semua sangat bererti bagi aku dan akan aku gunakan sebaiknya dalam mematangkan diri ni. Semoga kita semua menjadi blogger yang berhemah dan bijak dalam merencana apa sahaja yang berlaku disekeliling kita. Terima kasih banyak-banyak dan sama-samalah kita terus menyokong sesama blogger. Jangan serik untuk berkunjung lagi ke blog aku ye.... 


p/s: ada gaya ucapan wakil rakyat tak? 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search