Kempen Untuk Asyraf Haziq, Pelajar Malaysia Yang Dirompak di London

- 09.33
advertise here
Salam semua





Mohamad Asyraf Haziq, 20
Seriously semua penduduk di muka bumi Malaysia ni memang berasap bila video serangan perompak-perompak tak de otak terhadap seorang pelajar Malaysia di London, Mohammad Asyraf Haziq. Bila aku tengok tu, sumpah aku rasa macam nak terbang pegi London, tumbuk muka perompak tu. Kuang ajar sangat. Orang dalam kesusahan bukan nak tolong, pura-pura je. Dahlah si Haziq tu baru je sebulan sampai kat London dah kena macam tu. Aku harap dia kuat dan tabah mengharungi hidup yang maha ganas dan kejam kat sana.  Itulah biadapnya orang barat yang kononnya lebih bertamadun padahal hidup tak tahu dosa dan pahala. Jangan banggakan mereka sangatlah! 




Aku sunat sekoq-sekoq kalau dapat ni. *without any bius! 

Selain daripada geram yang membuak-buak ni, jauh di sudut kecil hati aku *ayat novel uolls* sebenarnya aku sangat bersyukur sangat-sangat bila aku belajar dalam Malaysia, negara yang aman lagi selamat dan sejahtera. Kalau dulu, aku adalah antara orang yang sangat impress dengan pelajar Malaysia yang belajar di luar negara kerana pada aku mereka sangat beruntung. Dahlah dapat belajar di universiti hebat, dapat melancong dan menimba pengalaman di negara orang. Tapi, kes sebegini merupakan sisi gelap bagi seorang pelajar yang belajar di luar negara. Kesian sangat. Dahlah jauh daripada family. Rasa sangat-sangat ditindas. 





Sedang dirawat. Semoga cepat sembuh ye Haziq! Rakyat Malaysia doakan anda.




Like this campaign!

Alhamdulillah, kes Haziq mendapat perhatian rakyat Malaysia dan pihak yang bertanggungjawab dan sekarang dia sedang dirawat di Hospital Royal London. Malahan sebuah laman web jugak ada buat satu kempen untuk membantu Haziq dan mendapatkan dana sebagai sumbangan kepada Haziq. Perangai macam ni yang boleh dibanggakan dan memang hanya sekelumit sahaja yang buat ta*k. Sebagai seorang yang prihatin terhadap masalah sebegini, aku rasa kerajaan kita perlu ambil langkah bijak dalam menyusun semula undang-undang yang menjaga kebajikan pelajar di luar negara. Aku rasa ini hanyalah satu kes yang kebetulan berjaya dirakamkan padahal ada banyak  lagi kes yang menindas pelajar Malaysia di luar negara. Semoga semua pelajar Malaysia di luar negara sana tu, dilindungi Allah SWT dan mereka dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara tercinta. Semoga Malaysia kekal aman sejahtera. Amin. 




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search