Setelah Hampir 3 Tahun, Dorang Kata Aku Tak Sesuai Jadi Lawyer, Better Jadi Penyanyi?

- 09.49
advertise here
Salam semua

Tadi, aku blogwalk sambil promote my 1st contest tu kan. Korang dialu-alukan sangat untuk join. Eh, bukan tu yang aku nak cakap. Sebenarnya, tadi aku baru dapat tau bahawa aku sebenarnya TAK SESUAI jadi lawyer sebagaimana yang aku impikan sejak form 4 lagi. Wat??? Aku sendiri terkejut giler kot. Aku dah diterima jadi student law kat UM, tiba-tiba hari ni aku dapat tau aku tak sesuai jadi lawyer. Rasa nak menangis je ni ha. Lepas tu, aku terfikirlah, kalau aku tak sesuai jadi lawyer, habis apa yang sesuai aku kena jadi? Ni lagi lah WATDEFAK kan... jadi PENYAYI katanya yang paling sesuai dengan aku! OMAIGOD! Boleh pengsan bapak aku kalau tahu ni. 

Aduhai luluh hati. Hancur punah harapan aku dan mak bapak aku. Cemana aku nak bagitau dorang ni. Ohmai....  Tapi luckily lah, aku tak perlu percaya dengan omong-omong kosong tu sebab itu semua hanya prediction berdasarkan zodiak aku iaitu Taurus! ehehe... jangan tertipulah ye korang. Ni aku bagi prediction yang diberikan daripada application kat internet. 

Taurus: Taureans adalah peribadi yang sangat sabar dan setia juga merupakan anggota yang baik. Berikan mereka deadline, kepercayaan dan sumber daya, maka dia akan menyelesaikan tugasan itu dengan baik. 

Beberapa pekerjaan yang sesuai untuk Taurus :
- Advertising director
- Antique dealer
- Business person
- Cashier
- Designer
- Financial advisor
- Florist
- Perfumer
- Agen Real estate
- Penyanyi
- Woodworker



Aku tak percaya langsung dengan prediction macam ni. Pada aku, rezeki kita semua telah ditetapkan. Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha dan bertawakal sebagaimana firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 8:

Maksudnya  : Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan disisi-Nya dengan kadar yang tertentu

So, sorry to say and please janganlah sesekali kita meletakkan kepercayaan pada andaian sebegini. Anggaplah bahawa perkara macam ni merupakan satu cabaran dan buktikan bahawa prediction sebegini adalah salah. Kita semua wajib percaya pada takdir dan rezeki Allah. Walaupun memang benar, course yang aku study sekarang bukan kepalang payahnya tapi, keupayaan dan kelebihan manusia itu berbeza-beza. Setiap ketetepan yang Allah berikan pasti ada hikamhnya. He Perfectly Knows Well! No argument.  Doakan aku berjaya jadi seorang lawyer dan aku jugak doakan korang semua sukses dalam bidang tersendiri! Amin. 

I will survive *self-motivation*

p/s: Mood nak dengar lagu Gemuruh by Faizal Tahir. 



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search