Mampus Aku! Padah Sengaja Cari Pasal Dengan Blogger Hebat Liyana Lunia.

- 06.13
advertise here
Salam semua

Okeh, semalam dah tercetus dah perang dunia ke lapan puloh pat antara aku dengan blogger femes lagi kebabom, fans nombor satu Shaheziey Sam kat Malaysia ni. Sapa lagi kalau bukan, CIK LIYANA LUNIA. Kalau korang tak kenal siapa Liyana Lunia, dia ibarat King dalam cerita KL Gangster. Kawasan besar dan luas telah dia jajahi.

Aku tau, bila aku start je perang ni dengan Cik Liyana, tak iye-iye aku memang boleh ma*pus kena kerat lapan belas dengan peminat dia yang beribu-riban tu. Tapi aku kena jujur. Kejujuran itu penting dalam hidup. Sebab Cik Liyana memang meragut hati dan perasaan aku. Dan dengan beraninya aku lancarkan peluru berpandu pada Liyana Lunia.Com! Hamek kau....



Kalau tak clear, aku zoom in lah. Bagi senang korang baca.

Salam Cik Liyana,
Sorilah, saya tak pandai nak bersopan sangat kalau dengan orang cam Cik Liyana ni. Jadi, bleh tak guna aku-kau je. Senang kan.

Aku tak tau sebenarnya, apsal dengan kau. Selalu sangat ganggu hidup aku. Kau dengan blog kau tak habis-habis sakitkan hati aku. Ada je cerita yang kau buat untuk bikin aku panas. Setiap kata-kata kau tu, menusuk kat kalbu dan laju je bermain di lidah aku. Setiap benda yang kau letak kat blog kau ni, aku rasa nak beli sama. Nak jadi macam kau. APSAL BLOG KAU BEST?

Sebenarnya, kau pakai ubat guna-guna apa? Aku tertarik giler dengan blog kau! Kau hebat lah Cik Liyana Lunia. Sumpah. Blog kau sangat jujur. Aku dah lama jadi silent reader kau, tp baru hari ni aku berani nak luahkan isi hati aku ni sebab aku rasa, blog kau memerangkap hati dan sanubari aku. Sampai kadang-kadang, aku try to avoid daripada bukak blog kau. Sebab aku tau, bila aku bukak je, aku tak kan putus klik OLDER POST! Hai lah Cik Liyana…. Aku tabik spring kat kau lah!

p.s: maaf kan aku, kalau kau rasa aku tak sopan, tapi aku memang peminat LIYANA LUNIA.COM! BLOG YANG JUJUR WALAUPUN GONJENG ADAKALANYA.
salam sayang dari peminat kau, bukan peminat shaheziey sam

Innanie Arifffin


Ha... mau tak terkujat Cik Liyana Lunia kita tu baca. Dan nah, serangan aku telah dibalas kaw-kaw daripada Cik Liyana. *kelihatan Cik Liyana sedih.


Dan selepas tu, adiknya pulak lancarkan serangan. Tanda tak puas hati! 


Aku pun bukak lah blog Cik Liyana dan wah.. lagi besar serangan yang diberikan sampai lebam bijik mata ni ha. Korang bacalah apa yang Cik Liyana balas. Adesss...


Tapi tidak, itu hanya imaginasi aku. Cik Liyana Lunia lebih mulia hatinya daripada sangkaan aku. Korang tengok apa dia balas....


Oh, maaflah Cik Liyana sebab buat awak tahan kentut dan gelak. Aku tak tau sebenarnya nak ekpresikan emosi aku macam mana bila aku bukak blog kau yang hebat tu. Pada aku, blog kau memang sangat jujur. Tak penah aku jumpa blog sejujur kau. Kau menulis guna hati dan akal. Bukan ikut emosi. Kalau kau suka, kau kata suka. Kalau kau kata benci, kau cakap dengan sejujurnya. Dahlah blog kau tu comel. Kau pulak tambah comel. Memang aku geram. Aku ingat, satu hari nanti aku nak dating dengan kau lah Cik Liyana. Sebab UKM dan UM tak jauh mana pun. Tahniah ye! Tapi itupun kalau kau sudi jumpa dengan aku ni ha, peminat kau bukan peminat Shaheziey Sam! *heheheh

Sekali lagi, maafkan aku Cik Liyana Lunia dan adiknya Cik Syafa Lunia. Aku tak berniat nak berkasar. Apatah lagi nak buat ta*k dengan blogger hebat macam kau. Memang aku surrender awal-awal. Terima kasih Cik Liyana sebab sudi berkunjung ke blog aku yang baru bertatih ni. Aku hargai sangat-sangat and this is the best moment for me. 










Advertisement
 

Start typing and press Enter to search