Rawatan Kecemasan Jika Korang Keracunan Makanan!

- 21.06
advertise here
Salam semua

Aku baru je sembuh daripada keracunan makanan. Alhamdulillah, lepas jumpa doktor dan makan ubat semuanya kembali normal. Memang sakit sangat bila perut memulas akibat keracunan makanan. Bukan tu jer, lagi tambah teruk bila muntah-muntah & cherry berry! So, kat sini bila dah pulih aku nak share sedikit rawatan asas berkaitan keracunan makanan sebab keracunan makanan memang selalu terjadi kepada kita semua tanpa disedari.


Pertama sekali kita kena kenal pasti apa ciri-ciri keracunan makanan :

1. Mangsa merasa loya dan sering muntah
2. Perut mangsa akan sakit dan memulas
3. Kadang kala mangsa akan mengalami demam dan dehidrasi
4. Cirit birit yang teruk akan berlaku kepada mangsa

Bila terdapat tanda-tanda macam tu, ada beberapa pertolongan cemas yang boleh kita berikan kepada mangsa keracunan makanan. Tapi sebelum tu, kita kena check balik apakah makanan atau minuman yang dimakan oleh mangsa beberapa jam atau beberapa hari sebelum tu. Sekiranya, mangsa keracunan makanan bukan disebabkan makanan laut, contohnya macam aku adalah akibat minuman bersusu, antara rawatan mudahnya ialah: 



  • Berhenti makan/minum bahan tercemar tersebut.
  • Minum banyak air supaya kita tidak terdehidrasi yang boleh membawa kepada demam
  • Minum minuman yang ada kultur hidup Laktobasilus Asidofilus seperti Vitagen
  • Ambil ekstrak buah anggur contohnya minum Ribena
  • Bagi menggantikan elektrolit akibat cherry berry & muntah, kita boleh buat sendiri air garam tu dengan cara kacaukan segelas air suam dengan 1 sudu teh garam dan 4 sudu teh gula
  • Sekiranya kita sedang mengembara di tempat yang dilaporkan kes keracunan makanan adalah tinggi,  korang dinasihatkan mengambil lebih banyak makanan yang pedas dan berempah bagi meningkatkan  kadar rembesan jus gastrik


Tapi, kalau korang keracunan akibat memakan makanan laut (yodium)  seperti kupang dan kerang , korang digalakkan untuk : 



  • Minum susu dan ulangi meminumnya selang 15 minit (jika mangsa tidak muntah)
  • Sekiranya susu tiada, kacaukan tepung atau tepung jagung dengan air
Daripada pembacaan aku, salah satu bahan yang paling baik untuk menyerap keracunan makanan adalah menggunakan arang aktif yang disebut Norit. (bukan arang buat bakar sate tu tau!). Tapi, pengunaan arang aktif atau norit ni hanya atas arahan doktor. Jadi, jangan pandai-pandai kalau ada orang keracunan korang suruh telan arang pulak! =)  dan jika masih belum elok selepas 24 jam, better pergi jumpa doktor.



p/s: Cherry Berry means cirit birit (terms from Cik Yaya

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search