Hari Kokurikulum Sekolah. Yang Best & Yang Tak Best!

- 21.40
advertise here
Salam semua

Aku baru balik dari sekolah lama aku. Berkesempatan nak join Hari Kokurikulum Sekolah. Ala, dulu masa kita kecik-kecik, nama dia Hari Kantin. Ingat lagi tak? Tak kan tak ingat kot. Hari dimana, kantin tak bukak! So, meh aku listkan beberapa perkara Yang Best dan Yang Tak Best mengenai Hari Koko/Hari Kantin Sekolah.


YANG BEST :
  1. Hias kedai kasi cantik! Biasanya, ni tugas budak perempuan lah. Letak belon. Letak riben. Papan iklan tu buat comel-comel. Pasang lagulah. Dekorasi kena mantap. Baru menarik.
  2. Persiapan jualan. Kalau meniaga makanan, barang-barang dan kelengkapan bawak dari rumah. Yang bertugas untuk goreng-menggoreng kena ada. Semua nak jadi chef hari tu. Barulah nampak, sapa yang rajin kat dapur atau tak.  Tolong buat persiapan. Sikit sama sikit. Barulah meriah.
  3. Tukang sorak @ tukang promote kedai. Ni mesti kena pilih orang yang pandai tarik pelanggan ke kedai. Suara kena kuat. Muka ada sunyum....cari dua tiga orang yang muka ala-ala Lisa Surihani, hias-hias dorang sikit, letak depan kedai. Suruh dorang jerit, "Beli,beli...keropok lekor seploh, singgit!" 
  4. Harga makanan yang super murah. Disebabkan persaingan yang sengit, semua kedai jual lebih kurang sama kan, jadi harga kena letak murah. Tu ha... float RM 1.50 je. Kalau kat luar, mahu jejak tiga hengget. Kan? 
  5. Ada Rumah Hantu, Mini Fun Fair, Mini Game dan Mini Movie. Ini memang biasalah kan. Kalau rumah hantu tu, semua berderet-deret nak masuk. Konon nak tunjuk power tak takut hantu. Mini Movie pulak lagi sempoi. Gantung kain putih kat papan hitam, bawak laptop, bawak dvd sendiri dan gunakanlah projector sekolah untuk tengok ramai-ramai. Sambil makanlah nugget dan minum float beramai-ramai tengok movie! Best tu, gelap-gelap kan.
  6. Kerjasama guru dan pelajar serta sesama pelajar. Memang kagum! Masing-masing saling membantu. Asalkan gerai tu laku. Time untuk bersuka-ria dan asah skill meniaga.
  7. Bekas-bekas pelajar akan datang sama sebagai tanda sokongan. Time macam ni, biasanya mana-mana ex-student yang free akan datang. Jenguk sekolah, jumpa cikgu-cikgu dan mula lah terkenang zaman sekolah kembali. 

YANG TAK BEST 
  1. Masa nak tayang boipren/gefren. Ni lumrahlah. Semua sekolah aku rasa mengalami masalah pelajar yang sama hari ni. Mana-mana yang kapel sesama pelajar, mulalah jalan berdua-duaan. Beli makanan sama-sama. Duduk rapat-rapat. Time tu, cikgu-cikgu dok pandang je. Padahal kena aim dah tu dengan cikgu displin. 
  2. Sekolah sampah! Tak dapat kawal lagi, sampah memang dibuang merata-rata. Tong sampah ada, tapi tak digunakan dengan sebaiknya. Kompem-kompem hari esoknya, makcik cleaner membebel je! 
  3. Orang yang bertugas takde pada masanya. Mana boleh kedai, hanya sorang je yang jaga. Mesti ada schedule kan. Tapi memang hangin lah kalau orang yang sepatutnya bertugas tapi buat-buat lupa atau lari dari tugasnya. Time kira untung, waktu petang je baru muncul. Ceh, orang macam ni memang nak kena sekeh.
  4. Cabaran cuaca. Kalau hari terlalu panas memang tak selesa.Hiruk pikuk, panas dan berpeluh. Bau badan masing-masing jangan cakaplah kan. Hapak mashem-mashem gitu.  Dan kalau hari hujan juga menyukarkan keadaan. 
  5. Semua kena guna kupon! Duit tak laku.Setiap pelajar wajib beli kupon tu.  Kalau tak datang, kupon kira burn. Tak boleh tukar duit. Melainkan kena jual dengan kawan. Ceh! 


Dekorasi kedai tu. Kreatif jugak kan
See! Harga murah kan. 
Semua nak masuk rumah hantu! Jumpa betul-betul tau pulak lari
Rumah Sesat? Apa ada dalam ni pun aku tak tau. Kang sesat kena sorok hantu kopek baru tau. 
Semua nak habiskan kupon je!
Antara barang yang dijual. 
Asah skill keusahawanan
Ini comel. semangat pakai baju uniform kan. Suka tengok!

Kreatif! 
Pertandingan melukis banner
Ramai-ramai tinggal sorang je yang buat keje. Mana yang lain? 
Makcik cleaner pengsan tengok gambar ni. 
Walau apa pun, aku tetap suka Hari Koko ni. Bermanfaat pada pelajar sebab boleh asah skill untuk berniaga.  Dan paling penting, hari tu sahaja lah duit tak laku. Semua orang kena pakai kupon untuk membeli. Sapa takde kupon, tak boleh beli apa-apa. Oh, kejam! 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search