Berhentilah daripada mengutuk Arwah Mohd Ashraf Hafiz lagi!

- 03.02
advertise here
Salam semua

Hari ni kita semua dikejutkan dengan kematian Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonannya menukar nama kepada Aleesha Farhana. Inalillah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Itu takdir bagi Ashraf. 


Tapi, kita yang hidup ni tak perlulah mencerca dan mencaci arwah lagi. Biarlah itu semua sebagai urusan dia dengan Yang Maha Esa. Kita tak berhak untuk menghukumnya. Jadikan kisah Ashraf sebagai teladan buat kita semua. Mana tau, di saat akhir nyawanya dia telah bertaubat dan taubatnya diterima. Itu semua kan kuasa dan rahsia Allah. 

Ni semua gara-gara aku terjumpa satu post dari seorang blogger yang pedas mengkritik dan mencerca arwah. Astagfirullah. Mengucap panjang aku bila baca setiap perkataan yang ditulis. Memang betul, apa yang pernah arwah lakukan semasa hayatnya salah disisi agama, tapi Layakkah kita untuk menghukum arwah? Pasti ke kita ni masuk ke syurga? Dan sekarang, jika dia mengutuk arwah, bukankah itu dosa kerana membuka aib seorang yang telah meninggal dunia? Pada aku blogger tersebut sangat keterlaluan. Hormatlah perasaan keluarga arwah yang baru kehilangan anak mereka. Biarkanlah Allah menghakimi arwah. Kita tak layak sebab kita sesama hamba-Nya. 

Sekali lagi kita semua sebagai blogger, perlu menjaga adab, tatasusila serta setiap butir kata yang kita tulis pada blog kita. Jangan sakiti hati orang lain. Hormatlah mereka. Yang paling penting, jangan sesekali membuka apatah lagi menyebarkan aib orang lain. Sebagaimana Rasulullah pernah berpesan: 


Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Aku sangat-sangat insaf dengan perkara yang berlaku pada arwah dan mendoakan semoga arwah dicucuri rahmat. Sesungguhnya kematian itu pasti dan salam takziah dari aku buat keluarga Mohd Ashraf Hafiz. Al-Fatihah.



p/s: Maaf, aku tak akan bagi link post blog tersebut. Supaya aku tak dapat share 'dosa' blogger itu. Moga dia  menyesali perbuatannya.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search