SUJU tapi bukan Super Junior Yer! Artis Korea Pertama Aku Minat Giler!

- 13.46
advertise here
Salam semua

Kalau dulu, aku penah post kat entry ni pasal LELAKI  IDAMAN MALAYA , kali ni aku nak kenalkan pada korang sorang lagi Lelaki Comel Idaman Gadis-Gadis Sedunia kelahiran Korea Selatan. Namanya SUJU!!!!! Oooops So sori... bukan kumpulan SUper JUnior atau apa sahaja artis Korea tu ye, tapi dia adalah SUNGHA JUNG! Bakatnya bukan pada nyanyian mahupun lentok tarinya ye  tapi pada kelincahan jari jemarinya. Kalau Abang Hazman pada pianonya, tapi Sungha Jung pada gitarnya! Pantas dan ligat jarinya memainkan lagu-lagu hot masa ni. 

kecik dulu! *chomel~
with his 'life'

Aku minat Sungha Jung ni sejak dia kecil lagi. Kagum dengan bakat dia yang boleh dengar satu lagu tu dan terus arrange note untuk gitar dia. Sekarang ni, Sungha Jung memang sangat terkenal di seantero dunia dan telah beberapa kali buat konsert dan menjadi artis jemputan untuk jadi acoustic player kepada artis-artis besar. 

Korang tak percaya? Apa lagi, aku sertakan beberapa music clip yang paling aku suka & zillion star aku bagi pada Sungha Jung. Nah untuk tontonan korang!





dan ini aku bagi video Sungha Jung masa kecik. Sungguh talented. Tengok jari-jari dia. Superb kan budak ni.


Inilah yang dinamakan melentur buluh biar dari rebungnya. Jangan dah besar, orang sibuk buat  K-POP, dia pun sibuk jugak nak letak POP kat belakang nama kumpulan. Carilah identiti sendiri dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tak perlu meniru! * ooops tak cakap sapa-sapa! Ada yang rasa pedas ke?

Kalau korang nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi.... korang boleh terus ke LAMAN WEB RASMI  ni yer! Kat sini video dia main gitar dari kecik hingga ke konsert semua ada! 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search