Isnin Depan Aku Dating Dengan Abang Jack! Thank You Again Nuffnang!

- 09.24
advertise here
Salam semua

Kita dating sama ye Abang Jack, The Gojes Kapten!
Lega apabila tinggal satu paper je lagi untuk exam kali ni. Hari ni memang merupakan hari yang aku tunggu-tunggu. Sebabnya, hari ni lah bakal keluar result untuk mendapat tiket free ke Premiere Screening Pirates of The Carribean <----(Klik Link untuk baca entry penyertaan aku) Aku punya excited kan... pagi-pagi lagi dah bukak email. Tapi hampa... takde satu pun email dari Abang Nuffy aku. Sedih la jugak. Sampai nak pegi exam hall ni pun aku check inbox. Masih lagi hampa. Lepas exam, aku wish lah sangat  ada berita gembira sebabnya rasa stress dengan paper criminal law sebentar tadi. Juga masih hampa.... tiba-tiba terpandang pulak SATU BLOG COMEL  yang kata dia dah dapat invitation email dari Nuffnang untuk ke Premiere Screening tu. Aduhai...kompem lah aku tak dapat. Takde rezeki. Luluh hati bukan kepalang! Ini bermakna, aku kena keluar duit sendiri lah kan untuk tengok movie kegemaran aku tu! Sabar je lah!

Tapi, tiba-tiba lepas maghrib aku bukak email, 



Pehhhh melompat-lompat aku dalam bilik. Alhamdulillah masih diberi rezeki untuk kali ketiga ke Premiere Screening dari Nuffnang. Terima kasih sangat-sangat pada Nuffnang. Memang satu gift yang cukup PERFECT sebab betul-betul lepas exam dan dapat invitation ni. Untuk kali ni, aku memang dah plan nak bawak akak aku. Nak bagi dia release tension kerja yang menimbun katanya tu kan... hehehe

La ni pulak, aku tengah korek-korek , ketuk-ketuk kepala nak keluarkan idea untuk menang tiket ke Premiere Screeening Transformers pulak. Wish me luck yer. BTW, sapa-sapa lagi yang dapat invitation untuk ke Premiere Screening Pirates ni, leh lah kita "Hye-Hye Bye-Bye" kat Mid Valley ye! =) 

Advertisement
 

Start typing and press Enter to search