Blogger a.k.a Pengajur Contest Bermulut Lancang! Memang Aku Naik Angin!!!

- 11.41
advertise here
Salam semua

Entry kali ni agak hot dan panas membuak-buak. Bukan untuk membuka aib orang lagi-lagi sesama blogger. Tapi rasanya, kebiadapan dan kelancangan mulut "si blogger" ni perlu di ajar. Tolong hormat dan berkata baik dengan orang. Aku panas hati giler dengan orang yang tak reti hormat dan jaga perasaan orang lain ni. Kau nak orang hormat dan faham kau tapi mulut kau biadap kau tak sedar. Aduhai, sedih dengan orang macam ni. 

Baru-baru ni, kalau korang perasan lah kan, aku ada menang TOP 3 untuk satu contest. So, si penganjur suruh aku contact FB dia, aku pun contact lah. Konon nak redeem hadiah kan. Hadiahnya ialah TOPUP RM 20 jer. Takdelah sampai ribu-ribu. Tapi tetap bersyukur. Jadi aku pun mintak HOT TICKET pada dia, RM 15 dan RM 5 lagi mintak topup Celcom. Masa mula-mula tu okeh lah, dalam perbincangan tu (hari rabu), si penganjur kata dia akan bagi hadiah tu by next week. Jadi, aku ni pun sabarkan lah diri aku , tak pegi topup untuk beberapa hari sebab hari Isnin mesti si penganjur topupkan. Seronok kan.Tapi sampai hari Rabu minggu depannya, masih sepi lagi tanpa apa-apa mesej dari penganjur. Jadi, aku pun tanyalah lagi si penganjur melalui email di FB. 


Di awal perkenalan, ayat baik je lagi


Tiba-tiba si penganjur jawab cam ni....


Ssssssedaaaaaaaaapnya bahasa ye

Waktu tu memang terkesima sangat sebab pelik, aku tanya elok-elok, baik-baik, si penganjur jawab macam tu? Aku just diam kan je, bagi masa. Mungkin ada masalah agaknya kan. Tapi selepas 2 minggu, aku tulis kat wall dia untuk bertanya. Juga dalam keadaan baik dan elok. Tapi sekali lagi dia bagi aku sebijik.... cam kat atas tu...



ni yang aku tulis kat wall dia. siap ada smile lagi. tapi dia jawab seperti yang kat atas tu. 

Dan bermulalah....

sedih dengan orang macam ni

Bye-bye lah kau

Korang nilaikan lah, dimana budi bahasa si penganjur. Termakan dan terbelit dengan bicara sendiri. Katanya suruh aku tulis kat mesej FB kalau hal-hal macam tu, bukan di wall. Aku pelik, aku tulis apa kat wall dia -sampai seolah-olah aku malukan dia? Aku siap letak ikon smile lagi. Bila aku tulis kat msg, kau maki aku, aku tulis kat wall kau pun, kau tetap maki aku. Tak kan aku nak diam kan.... 

Aku bukanlah mengharap sangat RM 20 dia tu. Aku boleh paham kot masalah dia, kalau dia bagitau aku. Ini tidak, sunyi sepi. Aku tak boleh terima 3 perkara daripada penganjur ni : 

1. BUDI BAHASA. Sebab, aku tanya baik-baik, dibalas kata-kata teruk spt DAMN dan ayat-ayat perli.
2. TAK TEPATI JANJI. Kalau tak boleh kau tepati janji, bagitau je alasan kau, aku boleh terima. Bukan diam bisu, tak bagitau apa-apa. Malahan masa kau buat contest dulu pun, kau banyak kali delay tarikh tutup sebab kau kata kau busy, semua peserta sabar je.... sebab hormat kau kot! 
3.  TUDUHAN MELULU. Kata aku serkap jarang dan tak baca wall dia dulu sebelum tanya pada dia. Eh, hello... apa kau ingat aku stalker kau?? Pleaseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Kesudahannya, aku block dia dan unfriend dengan dia. Tak rugi kalau hilang sorang kawan blogger macam tu sebab ramai lagi yang elok-elok pekerti. Pasal hadiah tu pulak, aku dah tawar hati. Lagipun simpati lah dengan nasib dia kan. Hilang wallet semua. Aku memahami keadaan tu sebab aku penah kena. Cumanya, tolonglah cik abang, jaga budi pekerti. Jangan jerkah orang macam ni. Tak rugi apa pun kalau kau berbaik pekerti sebab orang pun akan memahami masalah kau. Jadi, kepada mana-mana blogger, jangan anjurkan contest semata-mata nak bagi follower ramai, jangan anjurkan contest kalau tak boleh tepati janji. Bagi hadiah ikut kemampuan dan yang terakhir, jangan suka-suka maki hamun orang sebab setiap orang layak untuk dihormati. Barulah orang lain hormat diri kita jugak. Budi bahasa Budaya Kita. 

*panas semakin reda. Malas nak layan orang takde budi bahasa. Maaf kalau aku juga melawan api dengan api sebab aku rasa orang macam tu perlu bertemu ruas. Baru kena BUKU DENGAN RUAS!!!
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search