Hati-Hati Kalau Jumpa Teksi Proton Waja Kuning HWD 6978 di sekitar Lembah Klang.

- 00.40
advertise here
Salam semua

Lama rasanya aku tak keluar dengan entry-entry bukak mata ni kan. Aku nak share sesuatu yang aku rasakan memang penting untuk kita semua sebagai pengguna. Bukanlah kata seseorang pengguna tu ABSOLUTE KING tapi pada aku, kalau dah salah tu tetap perlu ditegur supaya tak melarat dan jadi pada orang lain. Kisahnya begini... 



Hari Isnin lepas,  aku dan kakak aku  ke Mid Valley untuk beli sedikit barang keperluan. Dalam pukul 8.30pm tu kiteorang balik. As usual, kiteorang akan naik teksi berlainan sebab aku duduk dalam kampus dan dia pulak duduk luar kampus. Turn aku, naik teksi Proton Waja bewarna kuning. Masa tu semua ok lagi. Bila dah jalan dalam 2-3 minit, pakcik tu tiba-tiba tanya aku :

Pakcik Teksi: Dik, kalau tambah dalam tiga, empat ringgit boleh?
Aku: Eh, kenapa pulak pakcik?
Pakcik Teksi: Sebab nanti balik pakcik takde penumpang.
Aku: Saya bayar apa yang meter tu tunjuk je lah. Lagipun, mana boleh macam tu, pakcik takde penumpang, saya pulak kena bayar lebih. Tak adil la macam tu. Saya kan student.
Pakcik Teksi: Kalau ada 10 student macam awak, bankraplah pakcik.
Aku: Apahal pulak bankrap??? Kau carilah penumpang banyak-banyak *dalam hati je.

Aku sangkakan kes tu berhenti setakat tu je. Tapi bila masuk je kat federal highway, pakcik tu mula buat hal. Tiba-tiba dia ugut aku untuk turunkan aku kat federal highway tu. Aku takut jugak, tapi aku kena beranikan diri sebab dia mula psycho aku. 

Pakcik Teksi: Kalau saya turunkan awak kat sini boleh?*sambil mata pandang aku melalui cermin pandang belakang & senyum sinis
Aku: Kenapa pulak? Kan saya nak ke UM?
Pakcik Teksi: Sebab awak tak nak bayar lebih?
Aku: Mana boleh macam ni pakcik. *sumpah aku dah cuak. Dia saja je nak tengok reaksi aku

Bila masuk je dalam UM, lagi lah dia buat hal. Dia bawak sangat slow sebab nak bagi meter teksi naik. Paling aku geram, dia bawak melayang-layang. Sekejap ke tengah, sekejap ke tepi.

Aku: Pakcik, apsal bawak slow sangat dan melayang-layang?
Pakcik Teksi: Suka hati sayalah, ni kan teksi saya.
Aku: Diam.

Tapi memang sentap. Kalau boleh nak cakap "memanglah saya bayar ni untuk pakcik bawak slow2." Sambil tangan di dada dan mata pandang ke atas. Time tu, aku memang dah plan nak buat apa. Aku keluarkan hp dan save no pendaftaran teksi tu iaitu HWD 6978 TOLONG HATI-HATI kalau jumpa teksi proton waja warna kuning dengan no plat ni ye! Sebab aku rasa dia dah sangat melampau. Aku jugak keluarkan duit cukup-cukup je untuk bayar tambang. Supaya pakcik tu tak boleh nak amik lebih. Dah dekat dengan kolej tu, aku tengok ada beberapa budak lelaki depan gate. Yes.. Alhamdulillah. Ni masa yang sesuai aku nak bagi satu pengajaran pada pakcik ni. Lepas bayar tu, sebelum aku tutup pintu kereta:

Aku: Pakcik, saya belajar undang-undang. Saya amalkan undang-undang, dan apa yang pakcik buat tadi tu semua menyalahi undang-undang. Jadi, saya dah buat laporan ke LPKP. Terima kasih ye.
Pakcik Teksi: *diam

Aku pun tak kan nak melangok depan pintu nak tunggu apa reaksi pakcik tu kan? Lantak dia lah. Aku terus lari cepat-cepat masuk hostel. Yelah, manalah tau kot-kot dia keluar kejar aku ke, atau pun langgar aku ke. Sebab tu, aku pastikan dulu depan gate tu ada budak-budak lelaki. Sangat-sangat bersyukur. Sebab kalau apa-apa jadi, diorang mesti akan back up aku kan?



Turunnya daripada teksi, aku terus call Kirin sebab aku masih lagi menggeletar. Time tu Kirin takde kat kolej. Kalau Kirin ada, memang aku akan suruh Kirin tunggu depan gate. Aku pun cerita semua pada Kirin untuk hilangkan ketakutan aku tu. Lepas tu, aku terus call LPKP. Nombor, ada kat gambar atas tu. Kalau boleh korang save lah nombor LPKP ni.  Dalam aduan tu, aku cerita semua yang berlaku.

Selepas aku buat aduan tu, aku rasa sangat puas hati. Sebabnya, aku rasa aku dah selamatkan lebih ramai orang daripada tertindas dengan pakcik teksi tu yang dia pikir sewenang-wenangnya dia nak mintak bayaran lebih pada penumpang. Kita sebagai pengguna ada hak untuk bertindak dan mengambil tindakan. Aku sangat berharap yang LPKP buat sesuatu dengan aduan aku. Supaya tak de lagi pakcik teksi yang biadap macam tu. Membahayakan penumpang tau tak! Lepas ni, kalau korang kena apa-apa dengan pakcik teksi ke, pakcik bas ke... jangan teragak-agak untuk buat aduan. Aduan korang tu boleh membantu pihak LPKP untuk ambil tindakan. 

BERANI KERANA BENAR!



Advertisement
 

Start typing and press Enter to search