BLOGGER GEGARKAN U!!!!

- 15.51
advertise here


Salam semua

Tak payah la aku kenalkan lagi header kat atas ni pemilik sapa kan. Dah tulis tu besor2. Dan sekiranya korang tak kenal, bermakna banyak lagi yang korang kena belajar dalam bidang blog ni k. Don't worry! Keep up the good work! heheheheh. Okehlah, abang Ben ni, memang kerap buat segmen-segmen yang boleh menrapatkan lagi hubungan sesama blogger. Baru-baru ni abang Ben nak kasi gegar sikit student-student U sebab ramai student yang merangkap bloggers jugak! Jom.... 

1. BELAJAR MANA , JURUSAN & TAHUN

Wahai Abg Ben dan para blogger

Mari berkenalan di alam maya,
Jangan dibagi maklumat sembarang, 
Aku belajar kata Universiti Malaya,
Tahun 2, amek undang-undang. 

2. Asal mana & umur

Meniaga kat blog sangatlah laku,
Tapi kenalah update blog sentiasa, 
Johor tu tanah tumpah darah aku,
Umur? jangan takut aku masih muda remaja!

3. Kenapa amik jurusan tu?

Facebook terkenal semua orang tahu,
Cuma kekadang timbul masalah, 
Dari tingkatan 4 memang dah mengidam  bidang tu,
Senang cita memang impian aku-lah!

 Tak boleh online tak lalu makan,
Rasa geram  berbuku-buku,
Niat nak bantu yang dalam kesusahan,
Kalau ada masalah, jangan segan cari aku

4.Cita-cita?

Ben Ashari ramai peminat,
Beribu-ribu dia punya follower, 
Kalau dah bidang tu yang memang aku minat,
Tak lain tak bukan, aku memang nak jadi lawyer.

Dunia blog wadah menambah kenalan,
Tak kira besar kecik, perempuan dan lelaki, 
Pada semua, salam perkenalan dihulurkan,
Keep in touch & feel free to follow me!


ok bye!








Advertisement
 

Start typing and press Enter to search