Aku Mahu Template Profesional by AizStories

- 21.44
advertise here
Salam korang!

Aku nak join contest best ni, sangat-sangat best. Dan kalau korang berminat atau perlukan pengubahsuaian kepada blog korang, silalah join sama ye... dan yang penting... make sure korang klik LINK kat bawah ni....





Contest ini berlangsung pada 
25 Januari 2011 - 31 januari 2011

1. Boleh follow blog AIZ,  kalo korang taknak terlepas update contest nih. 
* ( AKU FOLLOWER AIZ KE 81)
2. Korang kene wat sticky post dekat muka depan blog korang.
3. Sticky Post tersebut, korang tuliskan mengenai taste korang.
4. Maksud AIZ, taste design blog yang korang mau.
5. Tuliskan sebab mengapa korang join contest ni juga yek..
6. Dalam entry korang tu mesti tampal poster contest ok.
7. Photo contest leh copy
8. Done. lepas korang siap, tinggalkan link korang kat ruangan komen AIZ

Dan sebagai memenuhi syarat 3 & 4  yang ditetapkan AIZSTORIES,


Aku TASTE dengan template blog profesional yang : 


1. VINTAGE 

Kekemasan dan keunikan template vintage memang dah lama menjadi kegilaan aku. Kebiasaannya vintage dikaitkan dengan warna coklat, maroon, hitam, cream, merah & putih yang merupakan warna fevret aku. Dah banyak template yang aku gunakan sebelum ni yang biasanya berasaskan vintage. Tapi aku guna tak lama mana pun sebab tak kena dengan cita rasa aku. Aku nak kan template yang boleh buat orang terlekat dan terkenang-kenang blog aku. 


2. KEMAS 

Bagi part kemas pulak, tu merupakan satu perkara wajib untuk sesebuah blog. Kekemasan mengatur letak segala partition dalam blog memudahkan pembaca membaca setiap entry di samping mengurangkan pening kepala mereka mencari maklumat. Kiranya, aku nak template yang MESRA-PENGGUNA lah. Bila sesebuah blog tu kelihatan kemas, confirmlah dia pro dalam coding, photoshop dan segala macam tools yang diperlukan untuk membangun & mengindahkan sesebuah blog. Aku nak template cam tu.


3. HEADER YANG CATHCY

Bagi aku, header merupakan satu daya tarikan yang sangat kuat untuk sesebuah blog. Bukan senang nak dapatkan header yang boleh buat orang terngigau-ngigau. Header yang aku guna sekarang ni merupakan header yang aku buat sendiri. Just try je... sebab tak berapa hebat pun nak main photoshop tu.  Jadi, kalau lah ada yang sudi buatkan header free (dengan harapan menang contest ni!), aku nak sangat header yang super bombastic yang ala-ala comel gitu. Sedap mata memandang dan lain daripada yang lain. 


4. SHOUTBOX & KOTAK KOMEN YANG COMEL

Shoutbox & kotak komen  ni je lah yang bleh buat blogger dan reader berinteraksi. Dengan adanya shoutbox & kotak komen yang comel dan mudah digunakan, reader akan lebih tertarik untuk melontar pendapat dan idea. Selain tu gak, aku suka komen box dan shoutbox yang tak memerlukan pembaca isi details banyak sangat. Leceh kot... yang penting apa yang nak disampaikan tu dapat dibagitau kepada tuan belog. 


Aku rasa dah cukup dah aku terangkan TASTE AKU pada template yang cemana. Dan sekarang aku nak penuhi syarat ke 5 pulak.


KENAPA  AKU JOIN  CONTEST NI?

Sebabnya, contest ni memberikan hadiah yang sangat berguna untuk seorang blogger. Pengubah suaian template. Pengubahsuaian template ni akan bagi impak besar pada sesebuah blog tau. Sebab pemilihan template yang cantik, kemas dan bergaya profesional mampu menarik minat pembaca.  Selain tu,  contest ni jugak memerlukan bantuan dan sokongan blogger lain yang mana pemenangnya dipilih berdasarkan Top Referrer. Jadi, kerjasama daripada blogger lain sangat diharapkan. Secara tak langsung, hubungan sesama blogger bertambah erat dan semua akan mendapat kebaikan. Memang terbaiklah contest ni. Ada cara tersendiri untuk membantu sesama blogger!!! Sebab tu lah aku join! Jadi korang pun kenalah join sama! Baru meriah contest ni.... 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search