Nasihat Apek Pada Aku....

- 08.03
advertise here
Salam semua.

Pagi Isnin...aku memulakan pertapaan kat library. Menghabiskan saki baki bacaan yang agak tebal juger yer. Tapi takpe. Masih senyum padahal hati gusar kemain! Haissshhh.... tengok kalendar jap... mak datok dah masuk minggu ketiga aku kat rumah. Maksudnya? Minggu terakhir okeh sebelum exam. Mulalah gelabah. Padan muka aku! Awal-awal rilek2 kan... Hamek ko! hehehe

Korang nak tau sesuatu tak? Sepanjang aku balik cuti 3 minggu ni kan, ada satu perkara pelik yang berlaku pada aku. Aku dengan family aku sendri hairan.. Apa yang berlaku? hehehe....

SETIAP KALI AKU KE KEDAI, MESTI TUAN KEDAI / PEKERJA KEDAI AKAN TANYA SAMA ADA AKU DAH HABIS STUDY / BELUM?

Haaa.... itulah yang berlaku. Bukan sekali dua, sejak aku balik ke kampung untuk cuti 3minggu ni, pantang aku ke kedai mana pun, mesti tuan kedai/pekerja kedai tu akan tanya soalan cam ni. Adakah ni tandanya muka aku tak layak lagi dengan title "STUDENT"? Tak mungkinlah! Aku kan muda remaja...cewah perasan jap!  Dan bila aku bagitau aku masih lagi bergelar student, maka akan diikuti dengan nasihat-nasihat supaya aku belajar bersungguh-sungguh, cari duit banyak-banyak dan boleh senangkan mak ayah! Memang gitulah ayatnya! Macam tau-tau je yang aku tengah cuak nak g perang 25 & 26 November ni~

Yang paling best, ada sorang apek cina ni, tauke kedai dobi yang family aku selalu pegi pun tanya aku macam-macam tentang study.Masa tu aku temankan ayah pegi amik baju, kat kedai dia. Bila dia nampak aku tolong ayah, dia pun tanya lah aku dah habis belajar ke belum, belajar kat mana, amek ape, dan macam biasa bagi nasihat! terharu gua beb!!!! Ayah aku kata, dia pelik tengok apek tu sebab dia tu bukan jenis ringan mulut dengan customer. Kalau ayah aku pegi amek baju, takde sepatah perkataan pun yang keluar. Ni, bila jumpa aku.... banyak pulak soalan dia. Complete dengan nasihat bagai..... hehehehe


bukti aku masih student! hahaha


Walau apapun, aku suka dengar nasihat-nasihat dari mereka-mereka ni. Memang bergunalah... maklumlah mereka semua kan lebih dulu makan garam daripada aku. Aku ni baru nak mula hidup. Jadi aku ibaratkan, nasihat mereka tu semua sebagai satu pembakar semangat pada aku untuk bergelar peguam dan menjadi doa pada aku. Thank you so much laa uncle/auntie.... nanti I dah jadi lawyer, I belanja uolls semua makan pisang goreng okeh.......
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search