Luka Lama Berdarah Kembali

- 04.13
advertise here
As Salam semua

Aku tak ingatlah cerita apa tajuknya, tapi ada satu filem Yusof Haslam cerita pasal kisah seorang perempuan yang ditolak cintanya oleh lelaki tersebut hanya kerana wajah si perempuan ni persis kekasih lamanya yang pernah menyakitkan hatinya dan menyebabkan dia serik bercinta. Masa tu tak silap yang berlakon Mustafa Kamal kot. Entah. On that time, aku fikir itu hanya lakonan. Imaginasi Yusof Haslam semata-mata. Takde kaitan dengan yang hidup mahupun mati, but I was wrong...

Kalau korang nak gelak pun, gelak lah. Silakan. Tapi apa yang jadi ni memang duuuuuuuummmmmm *kasi sound effect sikit*  kena tepat batang hidung aku. Sometimes aku fikir bodoh jugak aku sebab skeptikal sangat. Tapi nak buat macam mana, kata orang luka lama tu terkesan lagi dalam hati. Cuma kes aku ni takde lah sampai menolak cinta apa bagai. Jauh sangat tu. Aku cuma menolak untuk terserempak, pandang, dan kalau boleh aku tak nak bercakap atau ada any contact dengan dia. Bodoh kan? Bodoh kan? Padahal aku dah tahu dah, yang that person is different dengan the old one. Bila orangnya dah berbeza, tak kan lah perangai sama kan? Hipotesis bodoh aku adalah "Bila mukanya sama, perangainya juga sama!" How come??? 



Yes, aku mengaku aku buat gitu sebab dulu hati aku pernah dilukai oleh insan yang persis mukanya macam yang baru ni. Sakit woh hati. Sakit menusuk qalabu. Dan dalam pada aku on the way nak jauhkan diri dan lupakan yang lama, tu diaaa yang baru ni pulak muncul dalam hidup! Mana tak aku meroyan. Luka lama berdarah kembali woi! *ewah ayat drama dah keluar pulak!*

But, but... korang kena ingat. Itulah lumrahnya manusia. Kita sering terperangkap dengan kenangan silam kita. Past is past. We should now think about the future. Tak salah untuk kita berhati-hati. Sapa nak kalau hatinya disakiti buat kesekian kali kan? But not in that way. Jangan prejudis. Aku realize something, Allah jumpakan aku dengan orang yang muka sama macam dia yang dulu tu sebab dia nak suruh aku lagi kuat. Nak bagi aku ujian sejauh mana aku betul-betul lupakan dia. Selagi aku tak berani berdepan dengan yang baru ni, maksudnya aku belum sepenuhnya kuat dan yang lama tu masih ada dalam hati aku. *kan dah keluar lagi kali kedua ayat drama Melayu. kehkehkeh* Aku memang tak galakkan lah mana-mana pihak ikut perangai aku macam ni. Aku yang salah. Aku tak sepatutnya letak orang baru ni sebagai mangsa keadaan. Kesian dia. Dia nak kawan dengan aku, mentah-mentah aku tolak. Padahal niat dia baik kot. Jahatnya aku!!! T____T 

So, lepas ni kalau korang jumpa dengan sapa-sapa lah yang mukanya macam seseorang yang pernah sakitkan hati atau pernah buat masalah dalam hidup korang, first thing first put in your mind that HE IS NOT THE SAME PERSON! Berkawan macam biasa, time by time Insya-Allah you will be natural. You will forget the old one and you will comfortable with the new one. And everything will be better! 



p/s: Takpe, nanti pandailah aku pujuk yang baru ni. Aku dah sedia dah nak tinggalkan kenangan lama tu. Macam Sarah Raisuddin cakap Sandarkan Je Pada Kenangan! ;) 




Advertisement
 

Start typing and press Enter to search