Betul Ke Ada Ijazah Hidup Bahagia?

- 20.42
advertise here


Disebabkan menantunya tiada ijazah, sanggup bapak mertuanya cuba memisahkan dengan paksa anak perempuannya buat laporan polis kononnya dia kena dera kerana
inginkan calon menantu lepasan ijazah. Yang menjadi persoalan kat sini ialah adakah kebahagian hidup tu bergantung pada segulung ijazah?

Pada pendapat aku la, kebahagian, perangai dan budi bahasa ni tak boleh dinilai dengan sekeping kertas yang bernama ijazah..kadang-kadang kita tengok ada orang yang dapat ijazah dari pelbagai universiti dalam dan luar negara tapi perangai menyakitkan hati je. Mungkin ada orang yang fikir sperm and ovum orang-orang ada ijazah ni berkualiti tinggi kot..hahah

Apa pun benda ni ada pro dan kontra..zaman yang serba canggih ni persaingan sentiasa wujud..orang yang ada kelulusan tinggi mesti mendominasi kelas bawahan..sampai bila kita nak jadi kuli orang atasan ni..peluang pekerjaan sekarang pun agak memilih..yang ada ijazah pun tak dapat kerja..apatah lagi yang sebaliknya..So, apa pendapat korang pasal ni?

 
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search