Zaman Apa Yang Korang Rasa Paling Seronok?

- 00.24
advertise here
 
ZAMAN BAYI

Zaman dimana korang menghabiskan duit mak bapak untuk beli nestum dan diaper..maklum la kerja korang makan, tidur dan berak je..kekeke

ZAMAN TADIKA

Zaman dimana korang mula kenal ABC dan 123. Masa ni pun korang enjoy lagi..kalau boleh tiap-tiap hari nak pergi tadika sebab nak jumpa kawan baru. Pagi mak hantar tengahari mak datang ambik.

ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Zaman dimana korang dah ada tanggungjawab sikit. Yalah, tiap-tiap tahun ada exam..siap berlumba-lumba nak dapat nombor 1. Mak ayah hantar pergi kelas tuition lagi nak bagi dapat 5A. Dan bab pergi sekolah tu benda wajib. Kalau tak pergi konpem kena rotan. Korang mesti pernah buat-buat sakit perut kan sebab tak nak pergi sekolah kalau kerja rumah tak siap..hehehe

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH

Zaman di mana korang sibuk dengan kelas tambahan dan tuition siang malam. Maklum la, zaman ni penentu hidup korang setelah 11 tahun belajar. Kalau tak dapat tinggi dalam SPM tak boleh masuk universiti. Dan zaman ni jugak la korang mula bercinta, ponteng kelas dan macam-macam lagi la. Mesti korang tahu kan macam mana budak-budak dulu bercinta sebelum adanya Facebook ni..silap haribulan surat cinta korang kena rampas dengan cikgu disiplin :)

ZAMAN UNIVERSITI

Zaman dimana hidup korang sentiasa dihantui dengan makhluk yang bernama assignments. Dah siap satu dapat pulak yang baru. Kadang-kadang tu sampai 3 4 pagi tak tidur lagi duk siapkan kerja. Nak enjoy sikit pun tak selesa sebab duk fikir kerja yang tak siap. Tambah lagi kalau masa nak exam, tidur pun tak menentu sebab termimpi banyak lagi subjek yang tak study. Dan yang paling buat korang tak lalu makan bila nak check result. Stress kalau kena repeat subjek.

ZAMAN KERJA

Zaman dimana korang akan dapat benda yang korang idam-idamkan selama ini. Yalah..dah ada gaji sendiri. Nak beli kereta, nak kahwin dah takde masalah dah. Dan zaman nilah korang akan teringat balik zaman-zaman kat atas tu..mesti seronok kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak dulu..hahaha..So, kalau diberikan peluang zaman mana korang nak pergi?


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search