Rabu, 01 Juli 2015

Video: Aksi Penamat Moto Gp Paling Lawak dan Mengerikan Yang Korang Belum Pernah Saksikan.



Valentino Rossi memang memukau penonton dengan aksi dramatik yang ia lakukan terhadap saingannya dari Honda, Marc Marquez di perlumbaan MotoGP Assen Belanda .

Aksi keduanya di tiga lap terakhir perlumbaan, terutama apabila pertembungan berlaku antara keduanya di selekoh terakhir benar-benar hebat. Meskipun bertembung dan keluar litar, Rossi berjaya menghabiskan perlumbaan di tempat  pertama meskipun harus melalui di luar litar.Namun, tahukah anda, sebelum ini ada juga sebuah aksi menakjubkan di arena perlumbaan yang sama?

Beberapa jam sebelum aksi Rossi vs Marquez, pemandu Finland, Niklas Ajo, sudah memukau ribuan penonton dengan aksi dramatik dan penamat yang menakjubkan.

Pemandu di kelas Moto3 dari RBA Racing Team itu sempat mengelak dan nyaris menghentam sekatan litar di selekoh terakhir. Mujurlah ia berjaya melompat dan mengawal motosikalnya kembali ke litar, dan berjaya menghabiskan perlumbaan meskipun dengan kedua lutut berseluncur di atas litar.



Top