Seorang Lelaki Dihidangkan Tikus Goreng Dari Restoran Makanan Segera Terkenal.

- 01.00
advertise here


Seorang lelaki berasal dari California, Devorise Dixon, mengaku dirinya mendapat tikus goreng dari salah satu restoran makanan segera. Alih-alih mendapat ayam goreng, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu malah menggigit daging keras dan kenyal.

Menurut ABCNews, Dixon yang mengaku  daging dari KFC yang ia makan tidak seperti ayam. Ini terlihat dari bentuk makanan yang ada di tangannya ketika itu. "Itu sangat menjijikkan," kata Dixon kepada "Randy Economy Radio Show", pada Sabtu (13/6) lalu.




"Aku meludah," katanya lagi. "Aku melihat tanganku dan sedar bahawa makanan itu berbentuk seperti tikus dengan ekor dan segala sesuatu di dalamnya."

Dixon kemudian mengambil gambar makanan dan memuat naik foto tersebut ke Facebook. Dalam postingannya, lelaki 25 tahun itu menyeru masyarakat untuk meninggalkan makanan ringan itu sama sekali.

Sementara itu, pihak KFC menafikan semua kenyataan Dixon. Meskipun sudah meminta maaf pada Dixon, KFC tetap menyatakan bahawa mereka bersedia untuk melakukan ujian terhadap makanan itu.

"Ayam kami sering berbeza dalam saiz dan bentuk," demikian pernyataan KFC. "Pada masa ini kami tidak mempunyai bukti untuk menyokong kenyataan itu."

Malangnya, baik Dixon dan peguam yang disewanya hingga kini tidak dapat dihubungi baik oleh media atau pihak KFC sendiri. Padahal sebelumnya, Dixon berkeras untuk menuntut KFC dan menolak tawaran makanan percuma.
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search