Pelik,Lelaki Ini Disahkan Mati Tapi Ia Hidup Semula.

- 05.00
advertise here


Seorang lelaki yang disahkan mati selepas ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya menggerakkan anggota tubuhnya ketika hendak dibawa ke rumah mayat.

Teman wanita lelaki berusia 46 tahun itu gagal menghubunginya selama dua hari sebelum meminta bantuan polis untuk mengesannya.

Seorang anggota polis pergi ke apartmen lelaki itu dan memasukinya bersama-sama pengurus bangunan.

Di dalam, mereka menemui lelaki itu yang dikenali sebagai Thomas Sancomb tersembam di hujung katil, menurut laporan Pusat Perubatan Milwaukee County.

Pasukan perubatan yang dipanggil ke kediaman itu berkata, badan Sancomb sejuk dan kaku menyebabkan mereka tidak berusaha menyedarkannya, sebaliknya mengisytiharkan dia mati, kata penyiasat forensik Genevieve M Penn.

Adiknya, John Sancomb, dimaklumkan menerusi telefon dan dia mohon supaya bedah siasat dilakukan bagi menentukan punca kematian abangnya.

Bagaimanapun, ketika hendak diusung ke kenderaan yang akan membawanya ke rumah mayat, tangan kiri dan kaki kanan Sancomb bergerak. Nadinya juga berdenyut semula.

Dia segera dihantar ke hospital berhampiran, tempat dia kini dirawat dan menjalani pemeriksaan.

Jurucakap Hospital St Mary 's Evan Solochek enggan mendedahkan maklumt lanjut kerana terikat dengan undang-undang privasi.

Bagaimanapun, keluarga Sancomb berkata, lelaki itu kini semakin pulih. - Agensi
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search