Minggu, 14 Juni 2015

Karya Seni Pelik Dari Gula-gula Getah.



Seorang seniman berasal dari Itali ketawa terbahak-bahak selepas melihat baki di dalam akaunnya. Rupanya, perkara itu disebabkan kerana karya seni yang ia buat dari gula-gula getah laku seharga 36,400 Pound Sterling.

Maurizio, nama seniman itu, membuat patung-patung itu menggunakan 3000 gula-gula getah dengan pelbagai bentuk. Mulai dari bentuk haiwan dan yang lain.

Meskipun diperbuat daripada gula-gula getah, Maurizio meyakinkan bahawa karyanya itu bersih dan bukan daripada gula-gula getah yang sudah dimakan.




"Pernah seorang bertanya, apakah ini hasil dari bekas kunyahan gula-gula getah? lalu saya kembalikan soalan tersebut kepada orang tersebut, apa kamu fikir saya mengunyah gula-gula getah sebanyak itu ?, "kata Maurizio.

Untuk membuat karya seni yang menakjubkan itu, Maurizio dibantu oleh dua orang pembantu. Karyanya merupakan ekpresi kritik sosial dan politik.

"Warna merah jambu adalah cermin kepalsuan dunia," katanya.



Top