Senin, 18 Mei 2015

Titi KayuYang Ekstrem Di Lereng Gunung Yang Curam.



Sebuah pelancongan ekstrem mengajak para pelancong untuk berjalan pada sebuah titi kayu yang hanya cukup dilalui satu orang dengan ketinggian ribuan kaki dari atas tanah.

Chang Kong, nama jalan gunung itu, berada di pergunungan Haushan daerah Shaanxi, China. Titi kayu itu dibuat 700 tahun lalu oleh pertapa dalam perjalanan mereka mencari keabadian dengan tinggal jauh di atas pergunungan.


Titi yang hanya selebar kaki ini dibina dengan melekat pada tebing menegak curam. Satu kesalahan kecil saja tentu akan membawa maut. Ironinya dalam sebuah gambar yang dimuatkan di laman dailymail, masih ada orang yang berani menyusuri tebing itu tanpa keselamatan.
Titi ini yang dibina pada masa dinasti Yuan oleh seseorang bernama He Yuan Xi dan murid-muridnya selama 40 tahun bagi mereka untuk menyelesaikannya. Titi ini dibina sebagai laluan ke tempat yang lebih aman untuk mempraktikkan keyakinan agama mereka.sumber












Top