Tips Dan Petua Bagi Pasangan Yang Bergaduh

- 20.41
advertise here
TO WOMEN
  • A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is.
TO MEN
  • A woman who truly loves you will be angry at you so many things but never leave you. 

Hubungan kita dengan pasangan ni ibarat gigi dan lidah. Tengah sedap-sedap makan nasi, boleh pulak gigi tu gigit lidah. Have you ever bit the inside of your cheeck? Yeah, the pain is the worst. Macam tu jugak la hubungan kita dengan pasangan. Kadang-kadang ok, tapi silap hari bulan gaduh sakan. Lebih kurang macam Tom and Jerry jugak la, cerita kartun tikus dan kucing. Gaduh pastu berbaik semula.


Petua Bila Pasangan Bergaduh

1. Jika berlaku pertengkaran, cari jalan penyelesaian, bukan cari kelemahan pasangan anda.

2. Jika berlaku pertengkaran tentang sesuatu topik, janganlah ungkit perkara atau masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan masalah itu. 

3. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang seperti pinggan mangkuk. Masalah bertambah sulit jadinya.

4. Jangan guna perkataan kasar dan menyakitkan hati. Guna perkataan yang lembut. Kalau tak mampu pun, cuba kawal nada suara tu.

5. Jangan biarkan pihak ketiga seperti mentua, ,kawan, ipar atau adik-beradik terbabit dalam pertengkaran kerana ia menambahkan kecurigaan dan api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara pasangan.

6.  Kalau keadaan jadi makin tegang, ambil masa untuk tenangkan diri dan situasi. Sebab bila kita marah, kita lebih cenderung untuk buat keputusan mengikut emosi. Bila perasaan tu dah ok, baru bincang dan settle masalah tu.

7. Jangan bertengkar di depan anak-anak kerana ini menjadikan anak-anak tertekan dan mewujudkan masalah lain.

Kalau ada tips lain, sila tambah ye kat komen :)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search