Selasa, 19 Mei 2015

Saintis Iceland Hasilkan Shampoo Yang Diperbuat Daripada Air Kencing Lembu.

  
Penemuan yang pelik ini tampaknya akan membuat orang ramai terkejut dan geleng-geleng kepala. Betapa tidak, para saintis di Iceland baru saja membuat Shampoo yang bahan utamanya diperbuat daripada air kencing lembu.

Q Shampoo dibuat oleh enam mahasiswa di Universiti Reykjavik. Mereka mendakwa bahawa
Shampoo tersebut mengandungi banyak mineral semulajadi dan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan rambut.

Untuk melindungi bau air kencing lembu yang menyengat, maka pasukan saintis menambahkan minyak kelapa dan minyak bunga matahari serta wangian lain. Idea untuk membuat Q
Shampoo berbahan dasar air kencing lembu rupanya berawal dari tradisi wanita Iceland yang kerap kali mencuci rambut mereka dengan air kencing.



"Walaupun banyak yang mengkritik, beberapa orang berfikir bahawa ini menarik dan ingin mencuba," kata salah satu saintis, Anton Reynir Hafdisarson. "Sejarah Iceland mengatakan bahawa banyak wanita yang mencampurkan air kencing dengan air kumbahan untuk membuat rambut mereka semakin bersih dan indah."

Anton sendiri rupanya telah mencuba
Shampoo tersebut dan menggunakannya setiap hari. "Produk ini 100 peratus organik tanpa bahan tiruan atau berbahaya," tambahnya. "Kami berharap akan ada lebih banyak orang yang suka daripada sekadar berfikir bahawa ini menjijikkan."

Top