Selasa, 12 Mei 2015

Haiwan Spesies Baru Mirip Alat Kelam1n Lelaki & Bergigi.

  
Spesies haiwan tidak bertulang belakang dengan bentuk seperti tiub dan mempunyai panjang sehingga 39 sentimeter mempunyai mulut muncung (proboscis) serta gigi sangat banyak ditemui pada ratusan tahun yang lalu.

 Charles Walcott, seorang paleontolog pertama kali mencari fosil makhluk yang biasa disebut cacing zakar yang sebenarnya bukan cacing itu pada tahun 1911 di Burgee Syal, batuan di wilayah Kanada yang memang menyimpan banyak fosil haiwan purba.


Ottoia prolifica adalah nama cacing zakar tersebut saat pertama kali dijumpai. Beberapa cacing dengan spesies seperti itu kini disimpan di Royal Ontario Museum dan Smithsonian national Muzium for Natural History.

 Martin Smith dari University of Cambridge belakangan tengah menyusun buku saku tentang gigi cacing zakar atau Ottoia Prolicifa itu. Ia mengamati 40 spesimen jenis cacing tersebut dari Upper Walcott Kuari di Smithsonian dan 70 dari Lower Walcott Kuari di muzium Royal Ontario.

 Dalam dua kumpulan tersebut Martin mendapati perbezaan yang ketara, daripada Upper Walcott Kuari spesies mempunyai lapan cawangan gigi, sedangkan yang diperhatikan dari Lower Walcott Kuari hanya mempunyai tiga cabang gigi.

 
 
Martin membahagikan Ottoia prolifica menjadi dua, yakni Ottoia prolifica dan Ottoia tricuspida untuk yang mepunyai tiga cabang gigi. Perbezaan itu disiarkan oleh Martin di jurnal Paleontology. Ternyata cacing zakar lebih pelbagai dari yang diduga, seperti yang dilaporkan LiveScience. Namun ciri-ciri spesies tersebut masih banyak yang belum dipelajari.

Top