Basikal Lama Jadi Aksesori Fesyen

- 23.00
advertise here

SEPASANG lampu tidur diperbuat daripada lampu basikal dipamerkan di bengkel The Upcycle di Delft, Belanda


DELFT - Dua usahawan Belanda menemui cara unik meraih keuntungan daripada beribu-ribu basikal lama yang ditinggalkan di Belanda dengan menukarnya menjadi barangan fesyen dan perabut.
Pelajar seni reka industri, Lodewijk Bosman, 25, dan Hidde van der Straaten, 28, menubuhkan jenama The Upcycle di bandar universiti Delft di sini pada Januari 2012.
Belanda mempunyai lebih banyak basikal iaitu 18 juta berbanding penduduk negara itu seramai 17 juta orang. Sekitar sejuta basikal baharu dibeli setiap tahun.
Mereka membeli basikal terpakai untuk ditukarkan menjadi pelbagai barangan seperti lampu tidur, gelang tangan, tali pinggang dan bangku.
Lampu tidur itu yang diperbuat daripada lampu basikal lama dijual pada harga 88 euro (RM370), sekali gus mendatangkan keuntungan lumayan.
Rantai tangan yang diperbuat daripada rantai basikal berharga 10 euro (RM42) manakala tali pinggang getah tayar basikal dijual 30 euro (RM126).
Produk tersebut mula dijual melalui laman web firma berkenaan pada Februari lalu dengan barangan tersebut kini mempunyai permintaan meluas di seluruh dunia.
"Separuh daripada pelanggan kami merupakan orang tempatan dengan sebahagian lagi terdiri daripada pelanggan dari luar negara," kata Straaten.
Mereka kini berharap untuk menjual produk The Upcycle di kedai-kedai cenderamata di seluruh negara tersebut.













Advertisement
 

Start typing and press Enter to search