Pelik, Kucing Ini Memiliki Tubuh Badan Yang Terberat Sekali di Dunia.

- 07.23
advertise here


Pada umumnya, kucing mempunyai berat badan yang ringan dan jika digendong tidak akan terlalu memberatkan seperti orang dewasa. Namun jenis kucing pelik ini cukup istimewa, kerana kepalanya saja berukuran sebesar kepala manusia.

Baru-baru ini banyak beredar foto kucing jenis Savannah dan Maine Coons yang boleh membuat anda terkagum. Kucing jenis Savannah dan Maine Coons ini memang dikenali memiliki  sangat berat dan saiz badan yang panjang. Dalam salah satu foto yang beredar, seekor kucing yang kelihatan seperti raksasa itu konon merupakan hasil daripada kacukan jenis Siamese dengan kucing liar di Afrika.




Bulu yang lebat semakin menambah saiz si kucing. Walaupun mempunyai saiz besar dan panjang (bebanannya boleh mencapai 10 kilogram), tapi kucing jenis ini masih cukup lincah untuk berlari.

Maine Coon adalah salah satu bangsa kucing tertua dan semulajadi yang berasal dari Maine, Amerika Syarikat. Maine Coon dipercayai banyak orang bahawa bangsa ini merupakan hasil persilangan semulajdi dari kucing setengah liar dengan rakun.




Sementara Savannah adalah salah satu bangsa kucing campuran atau hibrid yang merupakan hasil kacukan dari kucing liar Serval dari Afrika dengan bangsa Siamese, Bengal, dan Egyptian Mau. Savannah telah dinobatkan oleh Guinness World Records sebagai bangsa kucing terpanjang di dunia. Walau berpenampilan seperti liar dan buas, tapi jenis Savannah ini adalah kucing yang baik dan ramah.


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search