Misteri Paip Terbuka Sendiri Pada Waktu Malam

- 22.35
advertise here

Pernah tak anda alami situasi dimana paip yang berada dihadapan rumah terbuka dengan sendiri pada waktu malam? Situasi ni berlaku pada jiran sebelah rumah aku, yang mana paip di kawasan rumahnya dah 2 kali terbuka dengan sendiri. Bangun pagi nak pergi kerja baru sedar tengok air dari paip melimpah. Jika situasi sama berlaku pada anda, jangan sesekali keluar rumah untuk tutup sebab..........

TAKTIK PENCURI UNTUK MASUK 

1. Taktik Buka Paip Air
Sekiranya anda terdengar/ terlihat paip di luar rumah terbuka dengan sendiri pada tengah malam, jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut. Perompak akan buka paip air di luar rumah, kemudian sembunyi dan menunggu sehingga penghuni rumah tu keluar untuk menutup paip tersebut. Bila penghuni rumah keluar, perompak akan keluar dari persembunyian dan menyerbu dengan parang ke leher mangsa.

2. Taktik Menyamar Sebagai Pembaca Meter Elektrik & Air
Salah satu taktik pencuri nak masuk ke dalam rumah ialah dengan cuba menyamar sebagai pembaca meter elektrik atau meter air. Kalau ada yang mengaku
sebagai pembaca meter elektrik atau meter air dan ingin masuk ke dalam rumah,  jangan benarkan sebab biasanya pembaca meter yang sebenar akan gunakan teropong untuk tengok meter tu dari luar rumah.

3. Taktik Menyamar Sebagai Jurujual  
Elakkan dari mempelawa jurujual masuk ke dalam rumah. Biasanya, jurujual akan berpura-pura menjual barang yang dimana tuan rumah perlu mengajaknya masuk untuk mencuba terlebih dahulu barangan yang dijual seperti alat penutup gas atau barangan make up sebelum merompak mangsa.
  
4. Taktik Rompak Ketika Buka Pintu Pagar 
Perompak biasa akan hendap dan serbu mangsa ketika mangsa membuka pintu pagar rumah. Mangsa biasanya mereka yang guna gate jenis automatik. Gate jenis automatik ambil masa untuk buka & tutup. Pastikan anda tidak diekori semasa membuka pintu pagar. Satu lagi, elakkan dari memanaskan enjin kereta dengan pintu pagar terbuka. Anda mungkin akan masuk semula dalam rumah dengan keadaan pintu rumah dan pintu kereta terbuka dan ini memberi peluang kepada perompak.
 
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search