Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense?

- 02.09
advertise here



Kalau anda jadikan blog untuk menjana side income, kenapa harus bergantung pada satu advertiser sahaja? Awal bulan April, berita gembira untuk para blogger di Malaysia kerana Google Adsense telah mengumumkan bahawa platform pengiklanan mereka telah menerima kandungan Bahasa Melayu (Malay). Sebelum ini, ianya terhad kepada blog yang berbahasa Inggeris dan bahasa-bahasa yang supported sahaja. Ini bermakna anda boleh mendaftar dengan Google Adsense untuk menjana pendapatan yang mana earning yang diperolehi dibayar dalam bentuk dollar.


Aku dah hantar permohonan untuk letak iklan Google Adsense. Lebih kurang seminggu, permohonan tu dah approved. Syarat nak letak iklan Google Adsense mudah je. Antaranya :
  • Kandungan blog yang ditulis mesti original, no copy paste.
  • Kandungan blog tidak mengandungi entri lucah.
  • Gambar yang digunakan mestilah hak milik diri sendiri. 
  • Jangan klik iklan sendiri, kalau tak kena akaun kena banned.
  
Walaupun permohonan dah approved, tapi sekarang ni masih dilema samada nak letak atau tidak. Semalam dah letak iklan Google Adsense tu tepi sidebar tapi sebab takut Nuffnang tak 'sekepala' dengan Google Adsense ni, terus buang balik. Kena setia pada yang satu kalau guna platform pengiklanan Nuffnang ni. Kalau curang, hilanglah status Glitterati tu. 

Diambil dari Nuffnang, "Exclusive Nuffnanger" is a Nuffnang blogger who has NO advertisements from, mentions of, or links to other ad networks originating from South East Asia, or any ad networks we deem as competitors on his/her blog.
  • Is Nuffnang considered a competitor by Google Adsense? 
  •  Adakah Status Glitterati Nuffnang Akan Hilang Kalau Letak Google Adsense?
    Mohon pencerahan kalau siapa yang tahu pasal ni. Kalau boleh pasang iklan Google Adsense sekali dengan iklan Nuffnang, bertambah jugak side income nanti. Dah hantar tiket pasal ni kat Nuffnang, tapi tak balas lagi. Nak tahu Nuffnang jawab apa, stay tuned for the next entry.

    Advertisement
     

    Start typing and press Enter to search