Pelik! Pasangan Nenek Lesbian Ini Berkahwin Setelah Umur 90 Tahun.

- 07.00
advertise here
  
Bagi pasangan lain, berkahwin selama 50 tahun merupakan suatu prestasi tersendiri.

Kerana, seringkali salah satu pihak tidak diberi anugerah umur yang panjang, sehingga usia perkahwinan tidak sampai 50 tahun. Atau, perkahwinan itu sendiri terkandas sebelum mencapai angka tersebut.

Namun pengalaman Vivian Boyack (91) dan Alice "Nonie" Duta (90) ini
menjadi pengecualian tersendiri.

Pasangan nenek lesbian ini berkahwin di usia 90 tahun, selepas hubungan mereka terjalin selama 72 tahun. Pasangan berasal  dari Yale, Iowa, ini duduk berdampingan dalam upacara perkahwinan di Davenport.

"Perayaan ini seharusnya sudah terjadi bertahun-tahun lalu," kata Linda Hunsaker, yang mengahwini pasangan ini di hadapan keluarga dan rakan-rakan dekat mereka.

Vivian dan Nonie bertemu ketika membesar bersama di Yale. Mereka pindah ke Davenport pada tahun 1947, ketika Vivian menjadi guru dan Nonie menjadi kakitangan bahagian gaji.




Sejak itu mereka tidak boleh dipisahkan. Selama bertahun-tahun bersama, mereka sudah melawat seluruh 50 negara bahagian di Amerika, semua wilayah di Canada, dan sudah dua kali berkunjung ke United Kingdom.

Vivian mengaku, cinta sahaja tidak cukup untuk hidup bahagia hingga 72 tahun. Mereka juga perlu bekerja keras untuk menjaga agar hubungan mereka tetap harmonis.

Sahabat lama mereka, Jerry Yeast (73), tahu sekali bagaimana hubungan pasangan ini sejak ia bekerja sebagai tukang kebun mereka.

"Aku sudah kenal dua wanita ini seluruh hidupku, dan menurut saya mereka sangat istimewa," kata Jerry, yang bekerja pada pasangan ini sejak masih remaja.

Iowa, yang merupakan satu daripada 13 negara bahagian di Amerika yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis, membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun 2009.
Buat Vivian dan Nonie, seolah-olah tidak ada kata terlambat untuk berkahwin.


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search