Menakjubkan! Kejayaan Doktor Hospital Tygerberg Lakukan Pembedahan Perpindahan Z@k@r Pertama di Dunia.

- 01.00
advertise here
                                                     Gambar hiasan


Sekumpulan doktor Afrika Selatan kelmarin mengumumkan mereka telah berjaya membuat pemindahan zakar yang pertama di dunia, tiga bulan selepas pembedahan itu dijalankan.

Pembedahan transplan sembilan jam itu dijalankan di Hospital Tygerberg di sini selepas zakar baharu diterima daripada seorang pen­derma yang telah meninggal dunia. Zakar pesakit berusia 21 tahun itu terpaksa dipotong tiga tahun lalu selepas kemalangan semasa upacara berkhatan secara tradisional.

Setiap tahun terdapat ramai remaja dan kanak-kanak lelaki di Afrika yang zakar mereka terpaksa dipotong sepenuhnya disebabkan kesilapan ketika berkhatan secara tradisional dalam upacara cukup umur.

“Kami telah buktikan pemindahan itu boleh dilakukan, kita boleh berikan seseorang satu organ yang sebaik apa yang dia ada sebelum ini. Ia pemindahan zakar pertama yang berjaya di dunia,” kata Ketua Unit Urologi Hospital Universiti Stellenbosch, Prof. Dr. Andre van der Merwe yang mengetuai pembedahan itu.


DER MERWE (kiri) bersama Ketua Eksekutif Hospital Universiti Stellenbosch, Prof. Rafique Moosa pada sidang akhbar mengenai kejayaan pemindahan zakar yang pertama di Hospital Tygerberg, Cape Town, Afrika Selatan kelmarin.
 
Pesakit yang dirahsiakan identiti itu telah pulih sepenuhnya selepas dibedah pada 11 Disember tahun lalu dan sudah boleh menggunakan sepenuhnya zakar baharu miliknya sama ada untuk membuang air kecil mahupun mengadakan hubungan kelamin.

Kumpulan pakar bedah itu terlibat dalam kajian perintis transplan zakar di Afrika dan mereka sedang merancang menjalankan sembilan lagi pembedahan sama jika berjaya mendapat penderma yang sesuai.

Pada 2006, seorang lelaki Cina turut menjalani pembedahan transplan zakar tetapi doktor terpaksa membuang semula organ tersebut selepas dua minggu disebabkan ‘masalah psikologi’ yang teruk terhadap lelaki itu dan isterinya.kosmo.com
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search