Cara-Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin

- 18.42
advertise here

Ujian saringan HIV merupakan salah satu syarat wajib kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ujian ini hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Tak buat tak dapat kahwin. Aku baru je selesai buat test semalam, resultnya negatif/ tidak reaktif. Yang first time nak kahwin mesti nak tahu proses ujian saringan HIV ni kan. Kena bawa apa? Datang pukul berapa? Banyak tak ambil darah? Bayaran berapa?

Cara- Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Di Klinik

Langkah 1 : Kenalpasti Klinik
Untuk memudahkan kerja, telefon klinik tersebut untuk tanya tentang ujian saringan HIV. Lain klinik, lain prosedur dan masa. Sesetengah klinik, ada yang kena buat appointment terlebih dahulu dan ada juga yang terus walk in. Masa untuk ujian HIV juga berbeza mengikut lokasi. Ada klinik yang buat 2 sesi iaitu bermula 8.00 pagi-12.00  tengahari dan 2.00 petang - 4.00 petang. Macam Klinik Jeram, Pasir Puteh, Kelantan..tempat aku buat ujian HIV ni hanya ada sesi petang sahaja.

Langkah 2 : Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Sampai je di klinik, pergi ke kaunter pendaftaran dan bagitahu nurse yang bertugas untuk buat ujian HIV. Beri kad pengenalan korang dan nurse akan bagi borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan  dan borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV (mengikut negeri) yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.  

Borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV di Kelantan

Langkah 3 : Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test
Dah siap isi borang, serahkan borang tersebut ke kaunter yang diarahkan oleh nurse bertugas. tadi. Tunggu nama korang dipanggil. Untuk ujian HIV, nurse akan menggunakan Rapid Test Kit dan keputusan boleh diketahui dalam masa 5-20 minit. Darah akan diambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle. Sakit tak? Korang rasa la sendiri..hehe 

 Contoh keputusan ujian saringan HIV melalui Rapid Test Kit.

Langkah 4 : Keputusan Ujian HIV Reaktif Atau Tidak Reaktif
Korang akan terus dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan diberi satu sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan nanti. Bagi yang keputusannya tidak reaktif (negatif), terus la balik ye..hehe. 

 Sampul surat keputusan ujian saringan HIV

Bagi keputusan yang reaktif (positif), bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

 P/S : Yang nak kahwin kali ke 2,3,4,5 pun kena buat jugak ye ujian HIV ni :)
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search