Wanita Ini Bawa Sesuatu Yang Mengejutkan Dalam Pesawat Menyebabkan Dia Di Halau

- 04.52
advertise here
Pasti semua orang benci duduk di sebelah penumpang yang tidak menyenangkan dan tidak mesra, tetapi bagaimana jika anda berkongsi pesawat dengan babi.

Krew AS Airlines terpaksa meminta seorang wanita dan babinya untuk meninggalkan pesawat selepas haiwan itu mula membuang air besar di lorong kabin tidak lama selepas ia menaiki pesawat.

Rob Phelps menjelaskan bagaimana beliau mengalami sesuatu kejadian yang luar biasa sepanjang hayat kerana beliau ketika terbang pulang ke Washington dari Connecticut untuk menyambut hari Kesyukuran pada Khamis lalu.

Rob, 62, berkata, babi itu menjerit 'tiga kali lebih kuat daripada seorang kanak-kanak', dan dikatakan  wanita itu bercakap kepada babinya seolah-olah ia seorang manusia. 'Ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal, pesawat mula berbau, katanya kepada Mail Online.


Advertisement
 

Start typing and press Enter to search