Gambar Ketua Mafia Di Tangkap Dalam Terowong Peti Sejuk Rahsia

- 08.27
advertise here
Bos Mafia yang menjadi buruan berjaya ditangkap oleh polis Itali selepas didapati bersembunyi dalam terowong rahsia yang diakses melalui peti sejuk palsu.

Valentino Gionta Jnr, berada di Naples pada masa dia ditangkap dalam serbuan pada awal pagi. Menurut polis Itali, Gionta telah meneruskan kegiatan Mafia sejak penangkapan ayahnya pada tahun 2012.

Pegawai polis berjaya membongkar tempat persembunyian rahsia dan menjumpai Gionta Jnr bersembunyi di bahagian bawah tangga,

Suis elektronik yang mengendalikan trapdoor yang dalam peti sejuk yang disesuaikan khas untuk membenarkan akses ke tempat persembunyian.

Menurut dokumen rasmi, mahkamah di Naples mengeluarkan waran bagi menangkapnya pada 5 Jun lalu. Beliau akan disoal siasat atas rentetan jenis kesalahan Mafia.

Camorra Clan dipercayai banyak terlibat dalam penyeludupan rokok dan juga mengawal pelabuhan perikanan bandar ini, yang digunakan untuk menyeludup heroin, kokain dan ganja.

Polis mengesahkan bahawa Gionta Jnr menyerah tanpa menyerang balas selepas tempat persembunyian itu dikelilingi oleh petugas bersenjata.





Advertisement
 

Start typing and press Enter to search